Wednesday, June 3, 2009

Tabiat ke masjid sejak usia muda

Tabiat ke masjid patut dibiasakan sejak usia muda
Oleh Dr Irfan Mohamad

PERSEPSI yang bertapak di minda masyarakat bahawa masjid hanya tempat bagi mereka berkelapangan, orang tua yang bersara atau yang alim ilmu keagamaan, persepsi jumud yang tidak harus wujud pada zaman ketandusan aspek nilai murni hidup bermasyarakat.

Betapa besar ganjaran bagi mereka yang memakmurkan masjid dijelaskan dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW, namun ada golongan masih sukar diikat hatinya untuk hadir ke rumah Allah.

Masjid ialah institusi yang bukan saja penting bagi umat Islam untuk tujuan ibadat malah, menjadi pusat percambahan dan pengembangan ilmu pengetahuan, penyatuan perpaduan masyarakat, tempat mencari ketenangan jiwa dan suatu masa dulu sebagai tempat mesyuarat dan penstrukturan pentadbiran kerajaan.

1 comments:

albelurani said...

Tahniahlah masjid hilal dah ada blog. moga ada manfaat untuk wasilah dakwah ini. senang-senang jemputlah ke albelurani.blogspot.com.