Sunday, May 31, 2009

Khutbah Jumaat-Ustaz Sabri Ibrahim

http://bazhul.multiply.com/journal/item/8


Bagi sesiapa yang memeluk agama Islam, seseorang itu akan bersyahadah. Maka dengan itu dia dikatakan `masuk Islam`. Mengapa tidak dikatakan `masuk iman"? Dengan syahadah, seseorang itu dianggap muslim. Tidak pula dikatakan dengan syahadah dia menjadi `Mukmin`, sedangkan `Mukmin` yang diterima Tuhan. Islam tidak disebut pun tidak apa kerana secara automatik, Islam ada dalam iman. Tetapi kalau dia tidak Islam bermakna tidak ada iman.lni menunjukkan orang yang `masuk Islam`, belum tentu `masuk iman`. Sebab itu tidak dikatakan seseorang itu `masuk iman`. Sebab itu dikatakan orang Islam bukan orang Mukmin. Seolah-olah Tuhan mempunyai satu taman yang indah dan cantik kemudian ada satu pintu masuk yang besar. `Masuk Islam` itu seperti hanya masuk pintu, masih tidak tahu lagi apa yang ada di dalam taman. Sedangkan dalam taman itu ada bermacam-macam keindahan. Keindahan rasa, keindahan akal, keindahan pandangan dan pendengaran dan lain-lain lagi. Bila `masuk Islam`, keindahan-keindahan itu belum dirasa.

Jika Islam itu diibaratkan seperti taman yang disebutkan, bermakna seseorang itu baru melepasi pintunya. Jika sudah memasuki pintu, sudah berpeluang menjelajah taman dan dapat merasa segala nikmat yang ada dalam taman itu barulah seseorang itu dikira sudah beriman..Bila seseorang itu sudah bebas dalam taman, dapat rasa pelbagai kenikmatan dalam taman itu, barulah dikatakan dia seorang mukmin. Sebab itu beza antara orang Islam dan orang mukmin terlalu jauh. Cirinya terlalu banyak. Kalau wujud ciri mukmin maka secara automatik. ciri Islam itu wujud. Bagaimanapun kalau ciri Islam wujud pada seseorang, belum tentu ciri mukmin .juga ada. Kerana itu iman perlu dicari. Dengan kata lain, iman itulah taqwa . Kalau begitu, tidak cukup hanya menjadi orang Islam sahaja tetapi mesti menjadi orang mukmin.

4 comments:

Anonymous said...

Salammm...

Hamba nak bertanya disini...untuk mencapai kepada mukmin itu....yg mana perlu ada dulu...?Adakah Islam perlu Ada Dulu Atau Iman Yg Perlu Ada Dulu...?
Mohon pencerahan...?

uncle.crackerz14 said...

Islam & Iman ini adakah mempunyai perbezaan..?Kalau ada dari segi apa ianya berbeza...?

hj.jaafre said...

sila rujuk laman web http://bazhul.multiply.com/journal/item/8

Anonymous said...

bagaimana pulak yg dikatakan iman, islam & Insan...?apakah bila iman itu ada dikatakan kita mencapai tahap mukmin....?