Wednesday, May 27, 2009

http://adikdean.multiply.com/journal/item/4


DAIE DAN DAKWAH
“ Dakwah?Malaslah nak berdakwah. Dakwah bukannya kerja saya. Lagipun saya mana layak berdakwah, ilmu tak cukup”.

Seringkala rungutan ini diluahkan dari individu ISLAM yang mempunyai tanggungjawab dakwah pasca sekularisme ini, kerana banyaknya hambatan fikrah anti-Islam menyusup masuk ke minda umat islam terutamanya anak muda kini. Kerana itu, Syeikh Saad Al-Jubair menyebut : Jika sekiranya semua orang mengatakan dirinya tidak layak berdakwah,nescaya tiada seorang pun akan berdakwah. Namun benar, dalam berdakwah seseorang itu perlulah mempunyai dua ciri asas iaitu AL-AMANAH dan AL-QUWWAH.

Dr Abdul Karim Zaidan menjelaskan dalam bukunya Usul dakwah tentang rukun dakwah ada tiga iaitu daei (pendakwah, pengajak),mad’ u (sasaran, market) dan maudhu’ (kandungan dakwah). Rangkaian bertiga ini adalah modul asas dalam dakwah Ilallah,disamping sikap daei “Seek understand then to be understood”. Slogan ”Win-win situation” perlu dijadikan sandaran amalan berdakwah bagi seorang daei. Dakwah adalah MENGAJAK kepada Islam yang syumul,caranya berHIKMAH dengan kefahaman yang jelas tentang waqi’.

MEMAHAMI SUASANA

Waqi dalam bahasa mudahnya diistilahkan sebagai suasana semasa, kondisi setempat dan yang berkaitan dengan masa dan tempat kini. Daei perlu memahami waqi’. Kenapa? Rasulullah SAW adalah insan yang cukup memahami waqi’ kerana itulah dakwah nabi terbahagi tiga fasa yang jelas kena pada masa dan tempatnya iaitu: ta’sis, infitah dan tahaddi. Iskandar Zulqarnain diberi al-Quwwah oleh untuk memahami waqi walau kemana beliau pergi.Beliau mampu memahami bahasa hampir kesemua kaum yang beliau takluki (baca: payungi) walaupun ia terletak jauh di pedalaman contohnya bangsa yang diganggu Yakjuk makjuk.Pembacaan yang tepat tentang kondisi semasa penting dalam pebentukan manhaj dakwah seseorang daei yang strategis. Saidina Umar menyebut ” Sesungguhnya Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliah”. Hakikat jahiliah disini adalah manhaj jahiliah yang sama jalan ceritanya (dasar,prinsip yang sama) dan karakternya yang berbeza perlu difahami mengikut zaman supaya kita tidak tertipu dengan helah dan taktik kotor musuh Islam.

MENGAPA FAHAM WAQI’ PENTING?

Kefahaman yang perlu jelas dalam diri setiap individu yang bergelar daei adalah menjawab persoalan mengapa memahami waqi itu satu elemen penting dalam jalan dakwah? Antara sebabnya ialah :Pendakwah yang berjaya dulu,dan sebelum ini seperti Nabi SAW, Hasan Al-Banna, adalah ”engineer” akhlak yang amat memahami hakikat islam dan suasana zaman,dan tempatnya.Ia menjadi formula kepada mereka yang sesuai diambil ibrah kepada para daei pasca modernisasi kini.

Waqi mematangkan daei dan perancangannya. Perancangan (planning) dan implementasi yang mengambil kira unsur uruf dan waqi’ akan menjadikannya lebih membumi dan praktikal sesuai dengan tempat tersebut.Lihat sahaja contoh Nabi SAW semasa perang khandak, rasulullah bertindak mengarahkan sahabat baginda untuk mengali parit sebagai strategi perang. Ia sememangnya diluar jangkaan musuh kerana stail peperangan begitu tidak pernah digunakan di Tanah Arab.Namun, ianya adalah teknologi perang Parsi yang bertindak sebagai kematangan strategi perang yang mengambil kira unsur kebiasaan dan maslahah.

Memahami suasana mengelakkan kegopohan (isti’jal).Dengan perancangan dan time frame yang jelas, sasaran dan matlamat dakwah dapat dicapai dan dilaksanakan step by step (marhaliyyah) supaya tidak terjadinya budaya kegopohan dalam berdakwah. Dakwah menekankan tiga unsur penting iaitu taaruf (know), tafahum (understand) dan takaful (help and collaborate) . Ia juga perlu melalui proses pemeringkatan iaitu taarif, takwin dan tanfiz.


NABI SAW INSAN MEMAHAMI WAQI’

Rasulullah SAW pernah bersabda : “ Kalau bukan kerana kaum kamu yang baru saja keluar dari masa jahiliah nescaya akan ku ubah Kaabah itu,dan aku lekatkan kebumi (pintu kaabah) dan aku jadikan baginya dua pintu iaitu pintu yang manusia masuk daripadanya dan pintu yang manusia keluar darinya”. ( Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw meninggalkan perkara tersebut kerana keutamaan tidak melakukannya adalah lebih utama dalam situasi orang Quraisy yang baru saja memeluk Islam.Jika Nabi saw melakukan juga ,nescaya Quraisy akan lari dari Islam.Keluarnya Quraisy dari Islam adalah mafsadah diatas maslahah yang hendak diteguhkan.Rasulull ah meraikan pandangan umum dalam perkara yang tidak menggangu amal yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Penetapan suatu tindakan mesti memerhatikan suasana dan mengambil kira waqi’ adalah berlandaskan kaedah fiqh iaitu :
” Adat (kebiasaan) itu boleh ditetapkan sebagai hukum”.

Melalui kaedah ini, meraikan dan mengambil kira pandangan umum setempat merupakan salah satu dari dasar-dasar Islam.Pandangan yang diraikan adalah yang tidak bertentangan dengan syariat islam. Jika ia melanggar syariat Islam,maka ianya akan tertolak.

BAGAIMANA MEMAHAMI WAQI’

Dalam kemahiran fiqhul waqi’ keperluan seorang daei itu termasuklah AL-FAHMU yang jelas dalam islam (perkara thawabit dan mutaghayyirat) , mengkaji uruf setempat dan budaya masyarakat, melihat peluang dakwah dari pelbagai sudut dan method.

Dalam buku Risalah Usrah karangan Abu urwah menyatakan duat perlulah mempunyai basiran naqid atau pandangan tajam dalam memberi pendapat untuk mengeluarkan dirinya dan harakah dari kekeliruan yang berlaku dalam realiti. Duat yang mempunyai basiran naqid akan membantu medan dakwah dalam menghadapi rintangan dan cabaran dalam waqi semasa.

Kefahaman yang jelas tentang dasar-dasar dalam Islam akan menjadikan seseorang daei itu jelas matlamat dan halatujunya tanpa mudah dirungkai oleh cabaran realiti semasa. Maka Islam yang perlu difahami ialah islam yang syumul yang terangkum dalam 3 bidang utama iaitu : AQIDAH , FEQAH (SYARIAT) dan TASAWWUF (AKHLAK),juga termasuk memahami rubu’ dalam feqah iaitu Ibadah, Jinayat, Muamalat dan Munakahat.

Bagi seorang daei yang ingin memahami waqi’ perlu mengenali dan memahami konsep maslahah dan mafsadah serta mempunyai kefahaman dalam memilih iaitu Fiqh Al-Aulawiyyat dan Fiqh muazzanat. Dalam erti kata yang lain, kedua-dua fiqh ini perlu digabungjalin dan berkolaborasi dalam kefahaman untuk memahami realiti semasa.

PENUTUP

Dr Yusuf Qaradawi dalam Bukunya ” Kewajipan Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru” menyarankan peri pentingnya seorang daei mempunyai kemahiran dalam fiqhul waqi’. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah menyebut ”Berbicaralah dengan orang ramai tentang hukum mengikut tahap dan taraf yang mereka bicarakan.Malahan kita melihat ramai tokoh mujtahidin yang membuat perubahan hukum kerana perubahan masa,perubahan maslahah dan perubahan uruf. Kerana itu kita melihat fatwa yang dikeluarkan cepat berubah disebabkan perubahan pada waqi’ itu sendiri. Ibnu Qayyim juga menekankan perihal waqi ini dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in.

Secara umumnya,dapatlah kita fahami dalam kepelbagaian dan kecelaruan umat kini, para daei seharusnya memahami suasana kini dan berusaha menjadi formula terbaik dan mekanisme terbaik dalam memastikan para mad’u yang disasarkan semakin dekat dan cintakan Islam,bukan semakin menjauhinya kerana kegagalan para daei dalam memahami apakah itu Fiqhul waqi’.

Ahmad Asyraf Shari

RUJUKAN
• Risalah usrah Jilid 3 : Abu Urwah
• usul dakwah : Dr Abdul karim Zaidan
• Sirah Nabawiyyah : Tn Guru Nik Abdul Aziz
• Kewajipan Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru : Dr Yusuf Qaradawi
• Kewajipan Generasi Muda Islam Kini : Dr Yusuf Qaradawi



Mafhum dari hadis Nabi Sallallahualaihiasalam;


" Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakn akhlak"

Islam sangat menitik beratkan soal akhlak...kerana akhlak memainkan peranan penting dalam dakwah...cuba kita bayangkan seorang daei yang menyampaikan khutbah atau tazkirah kepada masyarakat....penyampaian yang baik, lantang berbicara, tetapi memiliki akhlak buruk.....bagaimana masyarakat mahu berubah...,


Jika kita lihat cara Rasulullah menyebarkan Islam.. Baginda bukan sahaja dakwah dengan lisan malah akhlak kepribadian Rasulullah sudah cukup memukau masyarakat umum menunjukkan bahawa agama Islam, merupakan agama yang indah. Contohnya ketika berlaku satu peristiwa di masjid Nabi, ada seorang lelaki yang kencing di kawasan masjid, perbuatan lelaki tersebut membuatkan para sahabat yang berada di situ berang dan marah lalu mahu memukulnya....tetapi apakah tindakan Rasulullah????? Baginda melarang para sahabat bertindak sedemikian, malahan Baginda membiarkan sahaja lelaki tersebut melepaskan hajatnya sehingga selesai. Dah la Baginda melarang sahabat bertindak malahan Baginda sendiri membersihkan kencing lelaki tadi, bukankah ini namanya hikmah dan akhlak mulia???

Kesempatan ini, saya nak kongsi kepada para sahabat tentang nasihat Syaikhuna Yusuf kepada kami ketika mengikuti pengajiannya,

Katanya:


" Ada 3 sebab menjadikan seseorang itu berakhlak buruk;
1- Sering melupakan Allah, leka dengan tipudaya dunia ini,
2- Asyik menghabiskan masa duduk bergaul dengan orang yang lalai,
3- Tamak mencari kemewahan dunia.
Jadi, kita sebagai seorang mukmin....berusaha dari masa kesemasa memperbaiki akhlak, bermuhasabah, dan jangan leka dengan permainan dunia....kerana dunia di sisi para solihin ibarat bangkai yang busuk....

Jangan jadikan dunia ini mengawal kehidupan kita, tetapi kita yang mengawalnya...., sebab apabila dunia sudah mengusai hidup ini, menjadikan kita lalai dan sentiasa tertipu.




http://harunhdr.multiply.com/journal/item/111


Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian".

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to Understand, Then to be Understood".

Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

0 comments: