Tuesday, May 19, 2009

Riba
Perkataan riba dalam bahasa Arab bermakna lebih atau bertambah. Pengertian dalam syara’ ialah ‘aqad yang terjadi dengan penukaran yang tertentu, tidak diketahui sama atau tidaknya menurut aturan syara’ atau terlambat menerimanya.
Jenis-jenis Riba
Menurut setengah-setengah pendapat ulama, riba ada empat jenis :
1. Riba al-Fadl iaitu menukarkan dua barang yang sejenis dengan tidak sama.
2. Riba al- Qirad iaitu meminjam dengan syarat ada keuntungan bagi yang mempiutangi.
3. Riba al-Yad iaitu berpisah dari tempat akad sebelum timbang terima.
4. Riba al-Nasi’ah iaitu penukaran yang disyaratkan terlambat salah satu dua barang.
Dalil al-Quran:
            •      
“(oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa)”. (surah al-Baqarah : 279).
       ••        
“(dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya)”. (Surah al-Nisa :161).
Dalil Hadith:
Sabda Nabi s.a.w. : “Allah melaknat orang yang makan riba, yang memberi, kerani dan saksinya. Semua mereka sama sahaja”.
Hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :”Hendaklah kamu menjauhi tujuh perkara yang membinasakan iaitu syirik kepada Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh diri, membunuh jiwa yang dilarang Allah kecuali dengan cara yang sebenar, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang, menuduh zina terhadap perempuan-perempuan baik yang tidak ada perasaan untuk melakukannya”.

Hikmah Pengharaman Riba
1. Riba menyebabkan permusuhan antara individu dan menghilangkan perasaan ihsan dan semangat tolong menolong antara mereka.
2. Islam menggalakkan umatnya memberi hutang yang baik dan akan mendapat pahala, bukan melalui riba.
3. Riba menyebabkan seseorang itu mendapat keuntungan dengan perlu tidak bersusah payah.
4. Menindas orang yang sememangnya sudah terdesak
5. Orang yang ambil riba bertambah kaya.
6. Orang yang makan riba senang dan mendorong mereka tidak membuat sebarang pekerjaan.
7. Merosakkan perhubungan antara manusia.

Rujukan:
Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali @ mat Zin, 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka salam Sdn. Bhd.
Haron Din, 2000. Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

0 comments: