Sunday, May 31, 2009

Khutbah Jumaat-Ustaz Sabri Ibrahim

http://bazhul.multiply.com/journal/item/8


Bagi sesiapa yang memeluk agama Islam, seseorang itu akan bersyahadah. Maka dengan itu dia dikatakan `masuk Islam`. Mengapa tidak dikatakan `masuk iman"? Dengan syahadah, seseorang itu dianggap muslim. Tidak pula dikatakan dengan syahadah dia menjadi `Mukmin`, sedangkan `Mukmin` yang diterima Tuhan. Islam tidak disebut pun tidak apa kerana secara automatik, Islam ada dalam iman. Tetapi kalau dia tidak Islam bermakna tidak ada iman.lni menunjukkan orang yang `masuk Islam`, belum tentu `masuk iman`. Sebab itu tidak dikatakan seseorang itu `masuk iman`. Sebab itu dikatakan orang Islam bukan orang Mukmin. Seolah-olah Tuhan mempunyai satu taman yang indah dan cantik kemudian ada satu pintu masuk yang besar. `Masuk Islam` itu seperti hanya masuk pintu, masih tidak tahu lagi apa yang ada di dalam taman. Sedangkan dalam taman itu ada bermacam-macam keindahan. Keindahan rasa, keindahan akal, keindahan pandangan dan pendengaran dan lain-lain lagi. Bila `masuk Islam`, keindahan-keindahan itu belum dirasa.

Jika Islam itu diibaratkan seperti taman yang disebutkan, bermakna seseorang itu baru melepasi pintunya. Jika sudah memasuki pintu, sudah berpeluang menjelajah taman dan dapat merasa segala nikmat yang ada dalam taman itu barulah seseorang itu dikira sudah beriman..Bila seseorang itu sudah bebas dalam taman, dapat rasa pelbagai kenikmatan dalam taman itu, barulah dikatakan dia seorang mukmin. Sebab itu beza antara orang Islam dan orang mukmin terlalu jauh. Cirinya terlalu banyak. Kalau wujud ciri mukmin maka secara automatik. ciri Islam itu wujud. Bagaimanapun kalau ciri Islam wujud pada seseorang, belum tentu ciri mukmin .juga ada. Kerana itu iman perlu dicari. Dengan kata lain, iman itulah taqwa . Kalau begitu, tidak cukup hanya menjadi orang Islam sahaja tetapi mesti menjadi orang mukmin.

Thursday, May 28, 2009

Qurban 1428 H











Pada Tahun Hijrah 1428 yang lepas, masjid Al-Hilal telah bersama sama penduduk sekitar Kg. Contoh, Sri Pandan, Kg. Bukit Vor dan sekitarnya telah mengadakan Qurban sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha 1428 H




Sebanyak 6 ekor qurban telah menjadi korban yang terdiri daipada jemaah masjid dan juga penduduk kampung sekitar..Penyembelihan qurban tersebut telah dilaksanakan oleh Ustaz Zainal Malang dan dibantu oleh penduduk kampung. Alhamdulillah sepanjang penyembelihan tesbut tidak ada perkara yang menyulitkan malahan pada tahun ini segala perancangan yang telah diaturkan oleh AJK Masjid dapat di laksanakan dengan teratur dan lancar..




Acara berakhir sejurus sebelum solat zuhur dan pembahagain daging korban tersebut dilakukan oleh Hj Mardan dengan menghantar kepada penduduk kampung... InsyaAllah pada tahun ini kita akan sekali lagi menjalankan acara qurban dimasjid kita..Wallahualam

 

Wednesday, May 27, 2009

http://adikdean.multiply.com/journal/item/4


DAIE DAN DAKWAH
“ Dakwah?Malaslah nak berdakwah. Dakwah bukannya kerja saya. Lagipun saya mana layak berdakwah, ilmu tak cukup”.

Seringkala rungutan ini diluahkan dari individu ISLAM yang mempunyai tanggungjawab dakwah pasca sekularisme ini, kerana banyaknya hambatan fikrah anti-Islam menyusup masuk ke minda umat islam terutamanya anak muda kini. Kerana itu, Syeikh Saad Al-Jubair menyebut : Jika sekiranya semua orang mengatakan dirinya tidak layak berdakwah,nescaya tiada seorang pun akan berdakwah. Namun benar, dalam berdakwah seseorang itu perlulah mempunyai dua ciri asas iaitu AL-AMANAH dan AL-QUWWAH.

Dr Abdul Karim Zaidan menjelaskan dalam bukunya Usul dakwah tentang rukun dakwah ada tiga iaitu daei (pendakwah, pengajak),mad’ u (sasaran, market) dan maudhu’ (kandungan dakwah). Rangkaian bertiga ini adalah modul asas dalam dakwah Ilallah,disamping sikap daei “Seek understand then to be understood”. Slogan ”Win-win situation” perlu dijadikan sandaran amalan berdakwah bagi seorang daei. Dakwah adalah MENGAJAK kepada Islam yang syumul,caranya berHIKMAH dengan kefahaman yang jelas tentang waqi’.

MEMAHAMI SUASANA

Waqi dalam bahasa mudahnya diistilahkan sebagai suasana semasa, kondisi setempat dan yang berkaitan dengan masa dan tempat kini. Daei perlu memahami waqi’. Kenapa? Rasulullah SAW adalah insan yang cukup memahami waqi’ kerana itulah dakwah nabi terbahagi tiga fasa yang jelas kena pada masa dan tempatnya iaitu: ta’sis, infitah dan tahaddi. Iskandar Zulqarnain diberi al-Quwwah oleh untuk memahami waqi walau kemana beliau pergi.Beliau mampu memahami bahasa hampir kesemua kaum yang beliau takluki (baca: payungi) walaupun ia terletak jauh di pedalaman contohnya bangsa yang diganggu Yakjuk makjuk.Pembacaan yang tepat tentang kondisi semasa penting dalam pebentukan manhaj dakwah seseorang daei yang strategis. Saidina Umar menyebut ” Sesungguhnya Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliah”. Hakikat jahiliah disini adalah manhaj jahiliah yang sama jalan ceritanya (dasar,prinsip yang sama) dan karakternya yang berbeza perlu difahami mengikut zaman supaya kita tidak tertipu dengan helah dan taktik kotor musuh Islam.

MENGAPA FAHAM WAQI’ PENTING?

Kefahaman yang perlu jelas dalam diri setiap individu yang bergelar daei adalah menjawab persoalan mengapa memahami waqi itu satu elemen penting dalam jalan dakwah? Antara sebabnya ialah :Pendakwah yang berjaya dulu,dan sebelum ini seperti Nabi SAW, Hasan Al-Banna, adalah ”engineer” akhlak yang amat memahami hakikat islam dan suasana zaman,dan tempatnya.Ia menjadi formula kepada mereka yang sesuai diambil ibrah kepada para daei pasca modernisasi kini.

Waqi mematangkan daei dan perancangannya. Perancangan (planning) dan implementasi yang mengambil kira unsur uruf dan waqi’ akan menjadikannya lebih membumi dan praktikal sesuai dengan tempat tersebut.Lihat sahaja contoh Nabi SAW semasa perang khandak, rasulullah bertindak mengarahkan sahabat baginda untuk mengali parit sebagai strategi perang. Ia sememangnya diluar jangkaan musuh kerana stail peperangan begitu tidak pernah digunakan di Tanah Arab.Namun, ianya adalah teknologi perang Parsi yang bertindak sebagai kematangan strategi perang yang mengambil kira unsur kebiasaan dan maslahah.

Memahami suasana mengelakkan kegopohan (isti’jal).Dengan perancangan dan time frame yang jelas, sasaran dan matlamat dakwah dapat dicapai dan dilaksanakan step by step (marhaliyyah) supaya tidak terjadinya budaya kegopohan dalam berdakwah. Dakwah menekankan tiga unsur penting iaitu taaruf (know), tafahum (understand) dan takaful (help and collaborate) . Ia juga perlu melalui proses pemeringkatan iaitu taarif, takwin dan tanfiz.


NABI SAW INSAN MEMAHAMI WAQI’

Rasulullah SAW pernah bersabda : “ Kalau bukan kerana kaum kamu yang baru saja keluar dari masa jahiliah nescaya akan ku ubah Kaabah itu,dan aku lekatkan kebumi (pintu kaabah) dan aku jadikan baginya dua pintu iaitu pintu yang manusia masuk daripadanya dan pintu yang manusia keluar darinya”. ( Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw meninggalkan perkara tersebut kerana keutamaan tidak melakukannya adalah lebih utama dalam situasi orang Quraisy yang baru saja memeluk Islam.Jika Nabi saw melakukan juga ,nescaya Quraisy akan lari dari Islam.Keluarnya Quraisy dari Islam adalah mafsadah diatas maslahah yang hendak diteguhkan.Rasulull ah meraikan pandangan umum dalam perkara yang tidak menggangu amal yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Penetapan suatu tindakan mesti memerhatikan suasana dan mengambil kira waqi’ adalah berlandaskan kaedah fiqh iaitu :
” Adat (kebiasaan) itu boleh ditetapkan sebagai hukum”.

Melalui kaedah ini, meraikan dan mengambil kira pandangan umum setempat merupakan salah satu dari dasar-dasar Islam.Pandangan yang diraikan adalah yang tidak bertentangan dengan syariat islam. Jika ia melanggar syariat Islam,maka ianya akan tertolak.

BAGAIMANA MEMAHAMI WAQI’

Dalam kemahiran fiqhul waqi’ keperluan seorang daei itu termasuklah AL-FAHMU yang jelas dalam islam (perkara thawabit dan mutaghayyirat) , mengkaji uruf setempat dan budaya masyarakat, melihat peluang dakwah dari pelbagai sudut dan method.

Dalam buku Risalah Usrah karangan Abu urwah menyatakan duat perlulah mempunyai basiran naqid atau pandangan tajam dalam memberi pendapat untuk mengeluarkan dirinya dan harakah dari kekeliruan yang berlaku dalam realiti. Duat yang mempunyai basiran naqid akan membantu medan dakwah dalam menghadapi rintangan dan cabaran dalam waqi semasa.

Kefahaman yang jelas tentang dasar-dasar dalam Islam akan menjadikan seseorang daei itu jelas matlamat dan halatujunya tanpa mudah dirungkai oleh cabaran realiti semasa. Maka Islam yang perlu difahami ialah islam yang syumul yang terangkum dalam 3 bidang utama iaitu : AQIDAH , FEQAH (SYARIAT) dan TASAWWUF (AKHLAK),juga termasuk memahami rubu’ dalam feqah iaitu Ibadah, Jinayat, Muamalat dan Munakahat.

Bagi seorang daei yang ingin memahami waqi’ perlu mengenali dan memahami konsep maslahah dan mafsadah serta mempunyai kefahaman dalam memilih iaitu Fiqh Al-Aulawiyyat dan Fiqh muazzanat. Dalam erti kata yang lain, kedua-dua fiqh ini perlu digabungjalin dan berkolaborasi dalam kefahaman untuk memahami realiti semasa.

PENUTUP

Dr Yusuf Qaradawi dalam Bukunya ” Kewajipan Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru” menyarankan peri pentingnya seorang daei mempunyai kemahiran dalam fiqhul waqi’. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah menyebut ”Berbicaralah dengan orang ramai tentang hukum mengikut tahap dan taraf yang mereka bicarakan.Malahan kita melihat ramai tokoh mujtahidin yang membuat perubahan hukum kerana perubahan masa,perubahan maslahah dan perubahan uruf. Kerana itu kita melihat fatwa yang dikeluarkan cepat berubah disebabkan perubahan pada waqi’ itu sendiri. Ibnu Qayyim juga menekankan perihal waqi ini dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in.

Secara umumnya,dapatlah kita fahami dalam kepelbagaian dan kecelaruan umat kini, para daei seharusnya memahami suasana kini dan berusaha menjadi formula terbaik dan mekanisme terbaik dalam memastikan para mad’u yang disasarkan semakin dekat dan cintakan Islam,bukan semakin menjauhinya kerana kegagalan para daei dalam memahami apakah itu Fiqhul waqi’.

Ahmad Asyraf Shari

RUJUKAN
• Risalah usrah Jilid 3 : Abu Urwah
• usul dakwah : Dr Abdul karim Zaidan
• Sirah Nabawiyyah : Tn Guru Nik Abdul Aziz
• Kewajipan Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru : Dr Yusuf Qaradawi
• Kewajipan Generasi Muda Islam Kini : Dr Yusuf Qaradawi



Mafhum dari hadis Nabi Sallallahualaihiasalam;


" Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakn akhlak"

Islam sangat menitik beratkan soal akhlak...kerana akhlak memainkan peranan penting dalam dakwah...cuba kita bayangkan seorang daei yang menyampaikan khutbah atau tazkirah kepada masyarakat....penyampaian yang baik, lantang berbicara, tetapi memiliki akhlak buruk.....bagaimana masyarakat mahu berubah...,


Jika kita lihat cara Rasulullah menyebarkan Islam.. Baginda bukan sahaja dakwah dengan lisan malah akhlak kepribadian Rasulullah sudah cukup memukau masyarakat umum menunjukkan bahawa agama Islam, merupakan agama yang indah. Contohnya ketika berlaku satu peristiwa di masjid Nabi, ada seorang lelaki yang kencing di kawasan masjid, perbuatan lelaki tersebut membuatkan para sahabat yang berada di situ berang dan marah lalu mahu memukulnya....tetapi apakah tindakan Rasulullah????? Baginda melarang para sahabat bertindak sedemikian, malahan Baginda membiarkan sahaja lelaki tersebut melepaskan hajatnya sehingga selesai. Dah la Baginda melarang sahabat bertindak malahan Baginda sendiri membersihkan kencing lelaki tadi, bukankah ini namanya hikmah dan akhlak mulia???

Kesempatan ini, saya nak kongsi kepada para sahabat tentang nasihat Syaikhuna Yusuf kepada kami ketika mengikuti pengajiannya,

Katanya:


" Ada 3 sebab menjadikan seseorang itu berakhlak buruk;
1- Sering melupakan Allah, leka dengan tipudaya dunia ini,
2- Asyik menghabiskan masa duduk bergaul dengan orang yang lalai,
3- Tamak mencari kemewahan dunia.
Jadi, kita sebagai seorang mukmin....berusaha dari masa kesemasa memperbaiki akhlak, bermuhasabah, dan jangan leka dengan permainan dunia....kerana dunia di sisi para solihin ibarat bangkai yang busuk....

Jangan jadikan dunia ini mengawal kehidupan kita, tetapi kita yang mengawalnya...., sebab apabila dunia sudah mengusai hidup ini, menjadikan kita lalai dan sentiasa tertipu.




http://harunhdr.multiply.com/journal/item/111


Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian".

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to Understand, Then to be Understood".

Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

Monday, May 25, 2009

SOLAT JUMAAT 22.5.2009

Khotib: Ustaz Zahar dari SK Sri Gaya:
Tajuk: Sifat takut
Sifat takut adalah salah satu cabang naluri atau fitrah manusia. Allah s.w.t. mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia utk menyelamatkan manusia dpd kemudaratan. Contoh takut kpd penyakit dan kesakitan.
                 
7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),10. dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Sifat takut ini boleh berubah drp baik kpd buruk apabila tdk diletakkan kena pada tempatnya. Berubah menjadi penakut atay perasaan penakut yang melampau-lampau merupakan kesan negative perasaan takut tdk ditempat yg sepatutnya. Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 155:
         •    
155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
Golongan Mat Rempit tdk takut dgn ancaman kematian, kecacatan diri. Mereka menganggap hukuman undang2, pecah kepala, lumpuh sebagai perkara biasa sebab mereka tdk takut. Inilah akibat kalau hukum Allah tdk dilaksanakan. Firman Allah dalam surah al-Maaidah ayat 38:
              
38. dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Hanya hokum Allah manusia akan berasa takut kerana ianya sesuai untuk keperluan dunia dan akhirat.

Tuesday, May 19, 2009

Riba
Perkataan riba dalam bahasa Arab bermakna lebih atau bertambah. Pengertian dalam syara’ ialah ‘aqad yang terjadi dengan penukaran yang tertentu, tidak diketahui sama atau tidaknya menurut aturan syara’ atau terlambat menerimanya.
Jenis-jenis Riba
Menurut setengah-setengah pendapat ulama, riba ada empat jenis :
1. Riba al-Fadl iaitu menukarkan dua barang yang sejenis dengan tidak sama.
2. Riba al- Qirad iaitu meminjam dengan syarat ada keuntungan bagi yang mempiutangi.
3. Riba al-Yad iaitu berpisah dari tempat akad sebelum timbang terima.
4. Riba al-Nasi’ah iaitu penukaran yang disyaratkan terlambat salah satu dua barang.
Dalil al-Quran:
            •      
“(oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa)”. (surah al-Baqarah : 279).
       ••        
“(dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya)”. (Surah al-Nisa :161).
Dalil Hadith:
Sabda Nabi s.a.w. : “Allah melaknat orang yang makan riba, yang memberi, kerani dan saksinya. Semua mereka sama sahaja”.
Hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :”Hendaklah kamu menjauhi tujuh perkara yang membinasakan iaitu syirik kepada Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh diri, membunuh jiwa yang dilarang Allah kecuali dengan cara yang sebenar, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang, menuduh zina terhadap perempuan-perempuan baik yang tidak ada perasaan untuk melakukannya”.

Hikmah Pengharaman Riba
1. Riba menyebabkan permusuhan antara individu dan menghilangkan perasaan ihsan dan semangat tolong menolong antara mereka.
2. Islam menggalakkan umatnya memberi hutang yang baik dan akan mendapat pahala, bukan melalui riba.
3. Riba menyebabkan seseorang itu mendapat keuntungan dengan perlu tidak bersusah payah.
4. Menindas orang yang sememangnya sudah terdesak
5. Orang yang ambil riba bertambah kaya.
6. Orang yang makan riba senang dan mendorong mereka tidak membuat sebarang pekerjaan.
7. Merosakkan perhubungan antara manusia.

Rujukan:
Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali @ mat Zin, 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka salam Sdn. Bhd.
Haron Din, 2000. Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Monday, May 18, 2009


Kuliah magrib 17.05.2009

Wednesday, May 13, 2009

Balai Cerap Al-Biruni yang tersergam Indah

 


Gambar2 menunjukkan balai cerap melihat anak bulan Al-Biruni yang tersergam indah.. sebelum terbinanya balai cerap tersebut.. proses melihat anak bulan untuk menentukan 1 ramadan, 1 syawal, dll di buat di masjid Al-Hilal, Tg Dumpil Putatan..akan tetapi tempat melihat anak bulan tersebut di kenali di seluruh Malaysia sebagai TANJUNG DUMPIL sahaja tanpa menyebut MASJID AL-HILAL.. Setelah terbinanya bangunan yang serba indah di sebelah masjid Al-Hilal.. maka secara rasminya tempat melihat anak bulan di kenali sebagai Balai cerap Al-Biruni (sudah tentu nama masjid Al-Hilal tidak disebut selama lamanya)..walaupun hanya digunakan lebih kurang 12 kali setahun (correct me if wrong) tetapi bangunannya sangat cantik dan indah.. berbanding masjid Al-Hilal yang digunakan setiap hari (5 kali sehari)dan ada ketikanya digunakan untuk majlis2 tertentu.. keadaan masjid ini amat jauh berbeza berbanding bangunan di sebelahnya.. ada ketikanya ketika solat jumaat.. ruang untuk muslimin bersolat tidak cukup dan ada juga jemaah yang terpaksa bergegas ke masjid lain untuk menunaikan solat jumaat..Kami berharap pembinaan masjid baru akan disegerakan oleh pihak yang tertentu..Wallahualam.. hanya Allah jua yang menentukan..

                                                                                                                    pemanandangan indah ketika                                                               sunset di masjid AlHilal

Ustazah Aminah,Ustazah Zubaidah Project...

sa
Ini merupakan gambar kenangan Ustazah Aminah ketika melawat shabat2 di Masjid Al-Hilal beberapa bulan yang lalu.. menurut Ustazah Zubaidah, Ustazah Aminah ingin menaja kanak2 yang kurang berkemampuan d sekitar Kg. Contoh Petagas ini (dlm gambar) berhubung bersekolahan mereka. Syabas diucapkan kepada Ustazah Aminah dengan usaha murni beliau.. semoga Allah panjangkan umur dan dimurahkan rezekinya InsyaAllah..

Monday, May 4, 2009

kandungan ceramah

Rujukan Blog ustaz Norazamudin;


KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID

1- MENDAPAT PAHALA SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM KESELURUHANNYA

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
(( مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ )) .
[ مسلم ]

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

2- MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

فَعَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
(( مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.
[ البخاري ]

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda rasul s.a.w
“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah.

.
3-MALAIKAT AKAN MENJAGANYA SEPANJANG HARI

عن رجل صحب النبى صلى الله عليه و سلم قال : بلغنى ان الملك يغدوا برايتة مع اول غاد الى المسجد فيظل معه حتى يصلى ثم يخرج معه حتى يدخل بها الى منزله و بلغنى ان الشيطان يغدوا برايتة الى اول غاد الى السوق فيظل معه حتى منزله

Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.

Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib dan menurut syaikh al-Albaniyy hadith ini sohih.

4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل و ملائكة بالنهار و يجتمعون فى صلاة الفجر و صلاة العصر فيعرجون فيسألهم الله و هو اعلم كيف تركتم عبادى : يقولون تركناهم و هم يصلون و اتيناهم و هم يصلون فأغفر لهم يوم الدين (متفق عليه)
Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”
Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”Hadith Muttafaqun ’Alayhi
.
5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة

Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .
.


6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan ke syurga

حديث أبي موسي(رضي الله عنه
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من صلى البردين دخل الجنة ))
“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.”

Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar

7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam neraka
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لم يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس و قبل غروبها رواه مسلم

Sabda rasul s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam.


8- SELAMAT DARI SIFAT MUNAFIQ

من حافظ على صلاة الفجر فى جماعة فقد (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر و صلاة العشاء )) . و فى رواية (( ما يشهدهما منافق
Sabda rasul s.a.w:
“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak dan dalam riwayat yang lain: Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq
.
9- Allah swt memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari Qiamat

(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : بشر المشائين فى الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ))
Sabda rasul s.a.w:
“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”
Menurut al-Albaniyy: Hadith ini sohih

Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh


kuliah magrib masjid al-Hilal

Kuliah magrib masjid al-Hilal 2.5.2009.
kuliah magrib disampaikan oleh Ustaz Norazamudin : Antara isi ceramah yang disampaikan iaitu kelebihan solat berjemaah dan kelebihan solat isyak dan subuh di masjid.

TAHSINUL QURAN 01.05.09




Kelas tahsinul quran di masjid al hilal diadakan setiap minggu pada hari jumaat malam sabtu.. pada 02.05 yang lalu kelas tahsinul quran yang diajar oleh Yang Berbahagia Datuk Moktar Rapuk membincangkan mengenai hukum tajwid Ikhfa' Hakiki..setelah itu sebelum mengakhiri kelas pada malam tersebut sekali lagi kami belajar mambaca taranum.. kali ini kami belajar tarranum SOBA

Sila layari http://abuawatif.wordpress.com/2009/04/22/datuk-mokhtar-rapok-imam-yang-disegani/ untuk profile datuk Mokhtar Rapok

Friday, May 1, 2009

Solat Jumaat 1.5.2009


Khotib solat Jumaat ini adalah Ustaz Norazamudin Umar daripada Maktab Sabah. Masjid hari ini penuh sesak. Dianggarkan lebih 20 orang tidak dapat melaksanakan solat Jumaat kerana penuh sesak.