Tuesday, July 28, 2009


Banyak iktibar boleh dicerna melalui peristiwa Israk Mikraj
Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my
PERJALANAN Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sehinggalah ke Sidratul Muntaha pada malam Israk Mikraj memang tidak tercapai dek akal dan satu cara untuk memahami peristiwa itu ialah dengan merujuk kepada al-Quran. Pegawai Bimbingan Haji dan Umrah Rayha Travel, Mohd Nizam Kamaruzaman, berkata walaupun Israk Mikraj tidak boleh dicerna oleh akal tetapi umat Islam wajib mempercayainya kerana banyak iktibar boleh dikutip daripada peristiwa luar biasa itu selain disyariatkan solat lima waktu sehari semalam. "Ayat itu dimulakan dengan memuji zat Allah dan ini menunjukkan betapa istimewanya Israk Mikraj. "Pengajaran sudah kita ambil ialah setiap kali melihat perkara luar biasa, selalunya kita akan berkata Maha Suci Allah (Subhanallah). "Sementara perkataan hamba yang digunakan merujuk kepada Nabi Muhammad SAW sebagai pengiktirafan. Begitu juga sebahagian kecil tanda kebesaran lain yang berlaku ketika perjalanan itu, semua mempunyai maksud supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa itu," katanya pada majlis sempena Israk Mikraj yang diadakan di surau The New Straits Times Press (M) Bhd, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tetapi malangnya kata Mohd Nizam, ramai yang tidak mempercayai Israk Mikraj kerana masih ramai tidak takut melakukan maksiat dan membuat dosa. Katanya, jemputan Allah kepada Nabi Muhammad SAW itu menjadi ujian keimanan kepada masyarakat dunia dan untuk melihat keyakinan mereka terhadap agama Allah termasuk syurga, neraka, dosa dan pahala. Contohnya, apabila Nabi Muhammad SAW diperlihatkan mengenai kumpulan yang menanam sedikit tetapi hasil diperoleh berlipat kali ganda adalah gambaran manusia yang yakin kepada agama Allah berbuat ibadat sedikit tetapi mendapat ganjaran pahala yang banyak.

Begitu juga dengan pengalaman dilalui Baginda SAW ketika dibawa melawat neraka dan melihat bentuk seksaan diterima mereka yang ingkar akan suruhan agama serta lalai menunaikan amanah semasa di dunia. Beliau berkata, Israk Mikraj melahirkan empat golongan iaitu yang yakin dan terus percaya kepada apa disampaikan Nabi Muhammad SAW seperti Abu Bakar as-Siddiq, yang percaya tetapi tidak yakin seperti Abu Jahal. Dua golongan lagi ialah mereka yang yakin tetapi inginkan bukti sementara yang akhirnya, golongan tidak ambil kisah langsung peristiwa itu. "Golongan keempat itu adalah mereka yang tidak mahu berfikir soal agama langsung dan sewajarnya mereka menjadi ayam daging yang tidak kisah apa berlaku di sekeliling sebaliknya hanya memikirkan diri sendiri saja hingga tiba saat untuk disembelih dan menjadi sajian di meja makan," katanya. Menyentuh pensyariatan solat, Mohd Nizam berkata, Islam tidak berkompromi dalam hal ibadat itu kerana pentingnya solat, untuk menyampaikan suruhan itu Nabi Muhammad dijemput menemui Allah.Tidak seperti suruhan lain yang diturunkan melalui wahyu. Katanya, tujuan manusia diwajibkan menunaikan solat bukan untuk menggembirakan Allah kerana setiap amalan dilakukan manusia di dunia ini akan kembali kepada mereka pada hari dikumpulkan bagi dinilai di akhirat kelak. "Oleh itu, mulai sekarang marilah kita memperbaiki solat kerana manfaat solat ialah untuk menjadikan kita seorang yang tawaduk, ikhlas melakukan ibadat kerana Allah, mendapat ketenangan dan menjauhkan daripada melakukan kemungkaran."Hendaklah kita berusaha menjadi hamba Allah yang diiktiraf kerana hubungan kita dengan Allah kerana kemuncak segala nikmat adalah untuk berjumpa Allah Maha Berkuasa suatu ketika nanti," katanya.

Monday, July 20, 2009



WATAK MANUSIA YANG DIBENCI OLEH ISLAM
Allah SWT mencipta alam dan muka bumi dengan sempurna supaya manusia dapat hidup aman damai. Bagaimanapun terdapat manusia yang suka mengganggu ketenterman dan kesejahteraan itu sendiri. Dalam al-Qur’an disebutkan empat watak manusia yang sebegini. Sama ada dalam kehidupan peribadi, berjiran tetangga, bermasyarakat, berbangsa atau bernegara. Keempat-empat watak ini selalunya mengganggu masyarakat dan sentiasa bekerja mengelabui mata orang ramai, mempersenda-sendakan agama dan melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat dan ummah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 204-205:

Maksudnya: “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah) bahwa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya. Dan apabila ia berpaling, berjalanlah ia di bumi, untuk melakukan kerosakan padanya, dan membinasakan tanam-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan.”

Antara watak tersebut adalah:

Watak Pertama: Manusia yang bermulut manis dibibir tetapi hati penuh dengan racun berbisa. Manusia jenis ini sangat pandai berkata-kata dan mempunyai daya tarikan yang mempersonakan hati ramai orang. Dia boleh dianggap mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya adalah lain dibibir lain dihati. Pada pandangan agama Islam, manusia seperti ini adalah seorang yang munafik. Zahirnya mengatakan ’Ya’ tetapi batinnya mengatakan ’Tidak’. Manakala dalam masyarakat Melayu, dia dipanggil ’Musuh Dalam Selimut’, ’Musang Berbulu Ayam’ atau ’Telunjuk Lurus Kelingking Berkait’.

Watak Kedua: Manusia perosak masyarakat. Manusia jenis ini tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk merosakkan masyarakat. Kerosakkan yang dilakukan adalah semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan dan emosi apabila melihat orang lain mendapat kebaikan.
Antara musibah yang menimpa masyarakat dengan adanya manusia sebegini adalah lahir kumpulan yang suka menyalahkan orang lain atau kumpulan lain. Ada yang sanggup mencaci, menghina, memaki orang lain. Kita perlu ingat bahawa watak ini tidak dapat menyelesaikan masalah ummah tetapi menambahkan beban masalah buat masyarakat dan negara. Justeru itu, manusia yang terlibat dalam kelompok ini, gemar mencela, mengumpat, mengutuk, memfitnah tanpa dasar yang betul. Adalah suatu kezaliman sekiranya seseorang menuduh orang lain melakukan perbuatan yang tidak dilakukan olehnya. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh at-Thobarani: Mafhumnya: “Janganlah kamu mencaci maki para pemimpin. Doakanlah kebaikan untuk mereka kerana sesungguhnya kebaikan mereka membawa kebaikan untuk kamu juga”.

Salah satu perkara yang dilakukan oleh mereka ini ialah melalui penyebaran berita palsu dan fitnah. Fitnah dilakukan sama ada melalui perkataan, ucapan atau tulisan. Pada zaman era globalisasi ini pelbagai fenomena fitnah telah muncul. Justeru, umat Islam hendaklah berusaha menolak dan menjauhi daripada terlibat. Alat-alat tekonologi yang maju patut digunakan untuk faedah dan kebaikan manusia dan bukannya disalahgunakan. Sedarilah bahaya fitnah tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jika fitnah terkena kepada pemimpin, maka jatuhlah kepimpinannya. Jika fitnah itu mengenai guru, maka hilanglah kewibawaannya sebagai pendidik. Dan jika fitnah itu mengenai suami isteri, maka bergoncanglah keharmonian rumah tangga dan keluarga.

Firman Allah SWT dalam surah alk-Anfal ayat 25:

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya”.

Watak Ketiga pula ialah: Manusia yang tidak boleh ditegur atau tidak boleh menerima kritikan, tidak bersikap terbuka dan tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Mereka ini jika diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul, diajak secara jujur, maka mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak. Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan diri sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. Lantaran itu manusia seperti ini akan menjadikan sesiapa sahaja sebagai ‘Kambing Hitam’ untuk menutup segala kesalahan dan kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kesemua watak manusia yang dinyatakan tadi mengajak kita semua berfikir dan berwaspada supaya tidak menjadi golongan berkenaan. Untuk itu mimbar menyeru semua pihak dan sidang jemaah sekalian, sedarilah bahawa masyarakat yang bertamadun akan mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan jahat yang boleh memusnahkan agama, masyarakat dan negara. Semoga dengan sikap sedemikian kita tidak terjerumus ke dalam perbalahan, perpecahan, pencerobohan hak, pertumpahan darah dan sebagainya.

Maksudnya: “Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka.”
(Surah al-Ahzab:17)

Wednesday, July 15, 2009

Bersyukur kerana masih dipanjangkan hayat usia kita.


Semua manusia inginkan kebahagian dalam hidup. Namun apakah kebahagian yang kita kecapi hari ini
menepati ciri2 kebahagian hidup yang dituntut oleh agama kita??

PERTAMA : pasangan hidup yang soleh. Sebabnya sudah tentulah sifat solehnya itu akan mewujudkan suasana aman tenteram dalam rumah kita sekaligus menciptakan keluarga yang soleh. “Solehkah kita untuk pasangan kita?? persoalan tu macam kena katbatang hidung aku sendiri. Anda, bagaimana?? Saya pasti anda soleh untuk pasangan anda…”

KEDUA : Kebahagian yang dituntut adalah memiliki qalbu yang yang sentiasa mensyukuri. Mensyukuri nikmat yang diperoleh dan redha dengan segala apa ujian dan musibah daripada Yang Mencipta. Jika sifat ini ada dalam diri kita, nescaya kita mudah memahami sifat2 ALLAH.

KETIGA : Memiliki usia yang berkat. Semakin alam kubur memanggil kita semakin banyak amal yang kita lakukan. Semakin banyak amal yang kita lakukan semakin rindu kita untuk bertemu denganNYA. Memetik bait indahdalam lagu “Sepohon Kayu” “….. walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya”

KEEMPAT : iaitu memiliki anak yang soleh dan solehah. Amal ibadah kita seharian adakah mencukupi untuk membalas cinta ibu bapa kita? sememangnya kita sendiri dituntut dan dipertanggungjawab kepada ibu bapa kita untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Sebagaimana yang anda tahu, doa anak2 yang soleh dimakbulkan ALLAH.

KELIMA : berada dalam ruang lingkup rakan-rakan yang mampu menambahkan keimanan kita dan bukannya yang merosakkan jiwa dan pegangan agama kita. Rasulullah sendiri menganjurkan kita agar selalu berdamping dengan orang2 yang soleh.

KEENAM : sentiasa terangsang untuk mendalami ilmu-ilmu Allah. Membezakan antara seseorang adalah ilmu yang dimiliki. Ilmu itu pula seharusnya diamalkan dan dikongsi bersama bukannya diRAHSIAkan.

KETUJUH : memiliki harta yang halal. Tiada guna jika harta yang bertimbun tetapi datangnya dari sumber yang haram dan berbahagilah anda dengan harta yang sedikit tetapi dari sumber yang halal. namun
begitu, tidak beerti Islam melarang umatnya daripada mengejar kekayaan. Orang yang memiliki harta yang halal, doanya mudah dimakbulkan

nulis asal artikel tersebut ialah Mohd Zuhairi
Zainudin, Perunding Motivasi Self Dynamic and Management Training
Consultant. Semoga kita sama2 menuju ke arah 7 kebahagian dalam hidup.

Sunday, July 12, 2009

Kenapa kita masih rasa tidak cukup?


Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan
sempit dan susah meskipun banyak harta dan duit yang melimpah. Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi.
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk
akhirat - bukan dunia untuk dunia).
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu
menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia danakhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah
api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api. Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari
sumber yang kita tidak ketahui. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan kelu
asan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhira t. Di antaranya:
1.Menyempatkan diri beribadah di awal waktu
Allah tidak sia-siakan penga bd ian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku
tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a

2.Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kas ih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abd ullah bin Abb as r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana
dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram denganmengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati
akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w.juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala,mat-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila
hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari) -Segala perbuatan haruslah hanya kerana Allah.

7.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidaktertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi
Menurut R as ulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”(Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)

14.Mel az imi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15.Mel az imi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh
menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa
kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yan g tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yan g dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yan g boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3). Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.). Kesemua yang disebut diatas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yan g menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang
tidak terlint as di hatinya.” (At-Talaq: 2-3). Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Rezeki tidak berkat

Tanpa asas taqwa, seandainya seseorang itu dilihat melimpah ruah hartanya sekalipun, ia tak lebih merupakan ‘istidraj’ dari Allah. Itulah pemberian yang disertai laknat dan kutukkan. Mahukah kita
dikurniakan rezeki sebegitu? Mahukan kita pemberian yang sedemikian? Kalau jawapan kita ‘ya’, maka kita tak lebih umpama Qarun, Tha’labah Yahudi Mabuk serta yang sama waktu dengan mereka. Bagi golongan ini wang, harta dan kemewahan adalah segala-galanya. Dari mana punca dan sumbernya, tidak pernah diambil kira. Mereka langsung tidak memperdulikannya. Lihat kesudahan mereka. Tiada apa
lagi yang boleh menahan mereka daripada terkubur hina bersama dengan harta haram dan syubhat yang mereka usahakan selama ini. Rasulullah SAW menamsilkan bahawa harta dunia ini selamanya tidak akan membawa kepuasan jiwa. Nafsu tidak akan merasa cukup walau sebanyak mana pun harta yang ada. Sudah dikendong dan dikilik dunia yang pertama di tangan kanannya, ia meminta pula agar dikurniakan dunia yang kedua dan ketiga. Macam orang yang sangat dahaga yang diberi
minum air laut. Dahaganya tidak hilang-hilang. Apalagi kalau harta tersebut diperolehi secara haram seperti dari sumber judi, rasuah, riba, menipu, memeras ugut dan sebagainya.

Bagaimana perasaan hati kita tinggal, membesarkan anak-anak dan beribadat di dalam rumah yang dibeli secara riba? Menaiki kenderaan yang dibeli secara riba ke masjid, ke majlis ilmu dan pergi menziarahi saudara mara? Tidak malukah kita memakan rezeki pemberian tuhan dalam keadaan tidak bersujud, menyembah dan mentaati segala perintah yang Esa? Tenangkah suasana ‘airmuka’ kita saat membeli juadah santapan untuk seisi keluarga dengan duit hasil rasuah atau sogokkan orang pada kita?
Atau dari hasil judi dan tikam ekor? Hati kita tidak terasa apa-apa lagikah? Kalau begini halnya, percayalah bahawa tiada lagi berkatnya dalam usaha bahkan dalam rezeki kita. Inikah yang kita cari sepanjang musafir kita di dunia ini? Begitulah buruknya kesan dosa dan maksiat dalam kehidupan kita.
Mudah-mudahan kita dipelihara Allah SWT. Suluhlah hakikat diri dan kehidupan kita selama ini. Nescaya kita akan dapati ada kebenarannya apa yang kita utarakan ini.

Jangan lupa, kiaskan pula pada keluarga dan masyarakat kita. Ingatlah, sekiranya dosa membeliti diri, maka kurniaan rezeki tidak lagi menguliti. Sekalipun ia tampak menguliti diri, namun sama-sekali ia
tidak diberkati. betapa ramai manusia tahu bahawa dengan solat Dhuha, akan selesai masalah rezeki tapi berapa ramai yang sanggup buat? Atau betapa ramai manusia tahu bahawa dengan jaga solat berjemaah akan menpercepatkan rahmat Allah dan menangguh bala tapi berapa ramai yang
sanggup buat? Atau betapa ramai manusia tahu bahawa dengan dakwah, Allah akan
kuatkan islam dan menjadikan musuh Allah takut pada orang islam dengan jarak sebulan perjalanan tapi berapa ramai pula yang sanggup?

Tak ke hampeh?

Sebaliknya, masih ramai manusia islam yang yakin dengan ada duit baru masalah akan selesai, sebab tu pagi-pagi jalan jem, sebab semua orang yakin duit boleh selesai masalah, atau yakin ada kuasa masalah akan selasai, itu yang berebut siang malam, sampai bergaduh dan lupa diri,tapi masjid rumah Allah yang cantik dan saujana mata memandang, boleh pulak kosong dan lengang, mana pergi yakin manusia pada janji Allah?Mana pergi yakin manusia pada Janji Allah bagi mereka yang memakmurkan
masjid, dan bagi mereka yang bertakwa, yang mana melalui janjiNYA, Allah akan menjadikan mereka pemerintah di muka bumi.., tapi sebab takyakin dengan janji Allah dan yakin dengan cara lain baru masalah akan selesai, maka sesatlah manusia dalam keadaan perasan betul… Dan oleh kerana manusia ni makhkuk yang Allah cipta dengan penuh kologikan (darul asbab), maka manusia akan nampak jalan penyelesaian dengan cara yang logic jugak, tak kerja mati aku, takde parti Islam tak akan menang, tak de kuasa nuclear, orang kapir akan berkuasa, dan apa apa ntah?

Sedangkan masalah Yakin adalah masalah yang paling besar, silap Yakin boleh bawa pada syirik, dan bila mati syirik dikira mati kapir, maka masuklah dalam neraka buat selama-lamanya, Naduzubillah… Maka untuk itu, Allah hantar ribu ribu para Nabi dan Rasul hanya untuk betulkan Yakin manusia, yang mana Nabi-Nabi tidak dihantar untuk ajar manusia tentang ilmu kejuruteraan, ilmu buat bangunan, ilmu biologi, ilmu seni dan sebagainya, sebab semua tu manusia dah di beri otak dan akal yang boleh manusia terokai sendiri, tapi bab ilmu Yakin dengan yang ghaib, manusia kena akui bahawa manusia lemah dan bodoh untuk selesai masalah ni, maka untuk itulah Allah hantar ribu-ribu para Nabi dan Rasul hanya untuk betulkan Yakin manusia, yang mana setelah datangnya Nabi terakhir, maka tinggalah pesanan Allah dalam Al quran dan hadith yang di abaikan oleh manusia perasan betul dan perasan masuk shurga ciptaan shok sendiri..



Apa lagi nak dikata?

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya, dia meminta sedekah kepada Nabi s.a.w lalu diberi oleh baginda. Kemudian dimintanya lagi lalu diberi pula oleh baginda. Kemudian baginda bersabda,:”Harta itu lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus atau serakah), dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang menerimanya dengan nafsu serakah dia tidak akan mendapat berkat dengan harta itu; dia seperti orang makan yang tidak pernah merasa kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.”
source: JAKIM

Saturday, July 11, 2009

Dengki, dendam senjata syaitan rosakkan ummah

Dengki, dendam senjata syaitan rosakkan ummah
Oleh Amran Zakaria
Sikap kasar, keras kepala serta berhati batu penghalang utama perasaan saling bermaafan

AL-IMAM Al-Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama. Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan.Dalam satu pengajian di masjid, Rasulullah SAW ada mengkhabarkan kehadiran seorang calon penghuni syurga di tengah mereka. Orang itu tidak dikenali oleh sahabat, bahkan namanya tidak popular sebagai seorang tokoh ibadat. Sahabat berasa cemburu dengan keistimewaan yang ada pada diri orang itu selepas Rasulullah SAW mengesahkan dirinya sebagai calon penghuni syurga. Salah seorang sahabat, Abdullah bin Amr, bertekad memantau dari dekat orang berkenaan untuk mengetahui apa keistimewaannya. Abdullah lalu meminta izin untuk bertamu di rumah orang itu selama tiga hari. Ketika menjadi tetamu, Abdullah melihat secara langsung bentuk amalan tuan rumah, gerak gerinya, tutur katanya dan cara ibadahnya. Hampir-hampir beliau tidak tidur kerana ditakuti jika ada amalan tuan rumah yang tidak dapat disaksikannya. Namun, Abdullah tidak mendapati apa-apa amalan yang istimewa berbanding sahabat lain. Amalannya biasa-biasa saja seperti diajarkan Rasulullah SAW. Sebelum pulang, Abdullah pun bertanya secara terus akan amalan istimewa tuan rumah untuk dilakukannya. Jawabnya: "Tidak ada, selain yang engkau sudah lihat. Aku belum pernah melakukan kepalsuan terhadap siapa pun daripada kalangan umat Islam. Dan aku tidak pernah hasad (iri hati) kepada seseorang yang dianugerahi (nikmat) oleh Allah. Abdullah berkata: Itulah (sebenarnya) yang dapat meningkatkan darjatmu."Jelas perasaan dengki, dendam, marah dan perlakuan buruk kepada sesama Muslim adalah satu senjata pemusnah yang digunakan syaitan untuk memporak-perandakan hidup manusia. Lalu dibisikkan ke telinga manusia untuk menyemarakkan api kemarahan dan mendorong dendam.

Perlakuan buruk itu akan menghindari kita daripada berusaha meningkatkan ukhwah dan persaudaraan, apa lagi untuk saling bermaafan sesama kita. Sikap ini pasti menjauhi lagi hubungan silaturahim yang dituntut agama. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." � (Surah Al-Mujadalah, ayat 58) Justeru, penting bagi kita untuk mengawal perasaan dendam dan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini dititikberatkan Rasulullah SAW apabila seorang sahabat meminta nasihat.


Baginda bersabda yang bermaksud: "Jangan marah. Kemudian orang itu mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi Baginda SAW menjawab: Jangan Marah." � (Hadis riwayat Bukhari) Allah juga akan memberi ganjaran besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." � (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi) .Untuk meredakan perasaan marah terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa melihat seteru kita daripada sudut positif. Mungkin ada banyak perkara baik pernah dia lakukan terhadap kita dan renungkanlah secara mendalam bagi memadamkan api kemarahan yang wujud dalam jiwa.

Contohnya, apabila kita marah melihat kesalahan dilakukan isteri maka hendaklah kita fokuskan perbuatan baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain." � (Hadis riwayat Muslim).Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu. Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah. Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu." �(Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim) .Antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan perasaan saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah lembut dalam pergaulan seharian wajar menjadi sifat umat Islam terpuji. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) lemah lembut apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak yang tidak dia berikan atas (sebab) selainnya." � (Hadis riwayat Imam Muslim) .Allah menganugerahkan kepada Nabi dan Rasulnya sikap lemah lembut terhadap umat manusia dan sikap itu adalah daya tarikan terhadap dakwah mereka. Melalui sikap lemah lembut ini jugalah memunculkan sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain. Firman Allah yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." � (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Sunday, July 5, 2009


Ulul Albab: Ta 3 Panduan umat kukuh persaudaraan
Oleh Abdurrahman Haqqi

JIKA dalam bahasa Melayu kita mengenal konsep 3 Ta yang boleh mengelirukan kehidupan seorang lelaki sehingga dia boleh berjaya mahupun binasa dengannya, dalam bahasa Arab - setidak-tidaknya untuk penyesuaian dengan bahasa Melayu, boleh diperkenalkan konsep Ta 3 yang akan membawa kesejahteraan kepada umat manusia. Konsep 3 Ta dalam bahasa Melayu merujuk kepada ‘harta, takhta dan wanita’ manakala Ta 3 yang dalam bahasa Arab adalah ta’aruf (saling mengenal), tawasau (menasihati) dan ta’awun (tolong-menolong). Ta 3 ialah asas perhubungan umat manusia sejagat yang digariskan al-Quran secara nyata. Ia panduan Ilahi yang kekal, tidak putus walau apa pun terjadi. Konsep Ta 3 ialah manusia dicipta untuk saling mengenal (ta’aruf). Apabila saling mengenal, mereka diperintahkan untuk tolong-menolong (ta’awun). Selepas itu mereka perlu mekanisme yang boleh meneruskannya yakni saling menasihati (tawasau).
Bagi ta’aruf, Allah SWT berfirman maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami sudah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenalan (beramah mesra). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” (Surah al-Hujarat: 13).Bagi ta’awun, al-Quran menjelaskan maksudnya: “Dan saling menolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa.” (Surah al-Maidah: 2). Bagi tawasau, Allah SWT berfirman maksudnya: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.” (Surah al-'Ashr: 1-3).
Cuba kita bayangkan jika manusia dicipta, kemudian tidak saling mengenal, apa yang akan terjadi? Begitu pula jika sudah kenal, tapi tidak wujud tolong-menolong. Walaupun sudah terjalin hubungan tolong menolong, tapi saling nasihat menasihati tidak menjelma, apa yang akan diperoleh? Hanya hampa dan kepincangan yang bakal dikecapi. Ibadat yang dengannya tujuan manusia diciptakan seperti dalam firman-Nya bermaksud: ”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (Surah al-Dzariat: 5) menjelma dalam ‘Ta 3’. Ta’aruf, tawasau dan ta’awun juga ialah ibadat. Seperti kita perhatikan dalam ketiga-tiga ayat di atas, Ta 3 dikaitkan dengan ketakwaan. Ta’aruf dengan “sesungguhnya semulia-mulia kamu pada sisi Allah SWT ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu.” Ta’awun dikaitkan dengan “dan saling menolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan takwa.” Tawasau pula dikaitkan dengan manusia yang tidak merugikan dan manusia yang sedemikian ialah orang yang bertakwa. Sifat tolong-menolong adalah jambatan saling mengenal dan menasihati. Pengertian saling menolong sangat luas, bahkan sampai ke tahap manusia tidak memahaminya.



Ketika Rasulullah SAW bersabda di depan sahabat yang bermaksud: “Berikan pertolongan kepada saudaramu sama ada yang zalim atau dizalimi,” mereka hairan lantas berkata: “Kami faham jika kami memberikan pertolongan kepada saudara kamu yang dizalimi tapi bagaimana pula memberikan pertolongan kepada saudara kami yang menzalimi?” Baginda memberikan penjelasan dengan sabdanya: ”Kalian halang dia daripada berbuat zalim, dengan itu kalian telah memberikan pertolongan kepadanya.” Sikap tolong-menolong amat digalakkan Islam. Pertolongan yang kita berikan kepada saudara kita, akan membawa pulangan yang lebih kepada kita. Sabda Nabi maksudnya: “Allah SWT sentiasa menolong orang selagi orang itu sentiasa menolong saudaranya.” (Hadis riwayat Ahmad).” Bahkan memberikan pertolongan adalah sedekah yang paling baik. Rasulullah bersabda maksudnya: “Pertolongan kamu terhadap orang lemah adalah sedekah yang paling afdal.” (Hadis riwayat Ibnu Abi al-Dunia).Jika saling menolong diamalkan meluas di kalangan umat, ia tanda keberkatan hidup. Dalam hadis Baginda bersabda maksudnya: “Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi suatu kaum, maka dijadikan pemimpin mereka kalangan orang yang bijaksana dan dijadikan ulama mereka menangani hukum dan mahkamah. Allah SWT juga jadikan harta benda di tangan orang yang dermawan. Namun, jika Allah SWT menghendaki keburukan bagi satu kaum, maka Dia menjadikan pemimpin mereka orang yang berakhlak rendah. Dijadikan-Nya orang dungu yang menangani hukum dan mahkamah manakala harta berada di tangan orang kikir.” (Hadis riwayat al-Dailami).

Ketiga-tiga aspek kehidupan masyarakat yang disentuh hadis di atas berhubungan erat dengan tolong-menolong untuk mewujudkan pemimpin dan ulama ulung serta dermawan yang ikhlas.
Jika sifat tolong-menolong juga tidak boleh direalisasikan, tiga perkara yang akan memporak-perandakan sendi kehidupan bermasyarakat seperti sabda Baginda maksudnya: “Ada tiga perkara tergolong musibah yang membinasakan iaitu seorang penguasa apabila kamu berbuat baik kepadanya, dia tidak mensyukuri kamu, apabila kamu berbuat kesalahan dia tidak mengampuni; seorang jiran, apabila melihat kebaikan kamu dia pendam (diamkan saja) tapi apabila melihat keburukan kamu dia sebarkan; seorang isteri apabila berkumpul dia mengganggu kamu (dengan ucapan dan perbuatan yang menyakiti) dan apabila kamu pergi, dia akan mengkhianati kamu.” (Hadis riwayat al-Tabrani).

Dalam sejarah awal Islam, contoh saling menolong di kalangan umat Islam banyak kita temui. Ketika putus hubungan kerabat antara Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya Abu Lahab, dan saudaranya Amru Hisyam (Abu Jahal), iaitu ketika orang Muhajirin sanggup bertempur di medan perang, menentang sanak saudara, kaum kerabat dan sahabat handai mereka sendiri di medan Perang Badar, ketika itu juga jalinan kekeluargaan terikat begitu erat antara kaum Muhajirin dan Ansar. Mereka menjadi saudara dan kaum keluarga yang saling menolong dan membantu. Pada masa sama juga tercantum rasa kasih sayang dan tali kekeluargaan antara orang Muslim Arab dengan Muslim berbangsa lain terjalin hubungan kasih mesra dan setia antara mereka. Semua ini berkat ajaran Islam yang dibawa Rasulullah SAW. Tujuan akhir berjemaah daripada ajaran tolong-menolong adalah penyebaran secara berleluasa amar makruf nahi mungkar yang menjadi mercu tanda kebaikan umat Islam seperti firman Allah SWT maksudnya: “Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah SWT.” (Surah Ali Imran: 110). Jika tidak ada ta’aruf, ta’awun dan tawasau, bolehkah ayat ini dapat direalisasikan?

Wednesday, July 1, 2009

Jangan hanya solat semasa susah

Solat adalah rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadat. Ia juga adalah ibadat yang disyariatkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW pada malam peristiwa Israk Mikraj iaitu 27 Rejab sebelum hijrah. Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya solat itu difardukan ke atas orang Mukmin pada waktu-waktu yang tertentu...(an-Nisa’: 103). Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang maksud-Nya: ...sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut: 45). Namun, hakikatnya, masih ramai umat Islam yang solat tetapi pada masa yang sama terus melakukan maksiat di muka bumi ini.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ABD. NAZIR MOHAMED menemu bual Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad bagi mengupas isu ini.

MEGA: Sebelum mendirikan solat, antara yang diberi perhatian ialah membetulkan saf. Apakah hikmah daripadanya? SYAIKH ISMAIL: Saya ada terbaca dalam kitab-kitab dulu bahawa umat Muhammad ini safnya adalah seperti tentera. Ini dari segi lurusnya saf semasa hendak bersolat. Malah ada hadis Rasulullah SAW yang antara lain bermaksud, “Siapa yang tidak betulkan safnya Allah tidak akan tengok saf yang bengkok”. Adalah menjadi tanggungjawab imam memerhatikan saf-saf di belakangnya sempurna iaitu lurus. Lurus di sini diukur berdasarkan tumit kaki bukannya jari hadapan kaki. Lagipun, membetul dan meluruskan saf itu adalah termasuk dalam kesempurnaan solat. Hal ini bukanlah rumit kerana di masjid sekarang sudah ada penanda garisan bagi saf. Cuma bagi mereka yang solat di kawasan yang tidak ada garisan saf, mereka perlu membetulkan saf masing-masing.

Apakah syarat solat yang boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar sebagaimana dalam ayat 45 surah al-Ankabut di atas?
SYAIKH ISMAIL:
Solat yang sebenar perlulah melengkapi dari segi hukum dan khusyuknya. Khusyuk itu pula memerlukan kepada sifat ihsan di mana jika kita tidak mampu membayangkan seolah-olah kita berhadapan dengan Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu melihat kita.Memanglah hal ini bukan mudah dicapai. Sebabnya, syaitan itu akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengganggu kita lebih-lebih dalam solat. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksud-Nya, “apabila azan syaitan itu akan terkencing dan bertempiaran lari demikian juga apabila iqamat tetapi selepas itu dia akan datang semula untuk mengganggu kita”. Sebab itu, kita kena berjuang bersungguh-sungguh dalam solat. Adakalanya dalam solat kita akan teringat di mana barang kita yang hilang, kerja yang masih tertunggak dan sebagainya. Apabila ini berlaku, kita hendaklah cepat sedar dan segera menepisnya supaya tidak terbawa-bawa oleh permainan syaitan. Selain itu, cara berpakaian kita juga boleh membantu mencegah maksiat. Contohnya, jika kita berkopiah atau bersongkok, tak kan kita hendak pergi ke tempat-tempat maksiat.

Demikian juga kalau wanita yang bertudung itu tak sepatutnya mereka turut terkinja-kinja menyaksikan konsert dan sebagainya. Menutup aurat itu adalah ibadat, jangan jadikan ia adat. Memakai tudung itu sewajarnya membuatkan kita rasa malu hendak melakukan maksiat.Selain itu, wuduk yang sempurna juga akan membantu kita mencapai tahap solat yang khusyuk. Pada masa yang sama, amalkan berqiamullail. Orang yang mengamalkan qiamullail juga akan diangkat darjat mereka. Ini dijelaskan menerusi firman Allah, Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (al-Isra’: 79).Selain itu, Nabi SAW bersabda, Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa. (riwayat Muslim).Pada masa yang sama, jangan kita abaikan berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat. Jangan selepas salam, terus angkat kaki.

Solat jemaah itu hukumnya fardu kifayah. Namun, adakah masanya di mana ia boleh menjadi fardu ain?
SHAIKH ISMAIL:
Secara asasnya, sesiapa yang mendengar azan hendaklah ia solat di masjid, maksudnya solat berjemaah. Ummu Maktum misalnya adalah orang buta tetapi dia pun tidak diberi rukhsah (keringanan) untuk tinggalkan solat berjemaah. Nabi Muhammad SAW juga sama tidak pernah meninggalkan solat jemaah kecuali ketika baginda gering. Malah dalam sebuah hadis, Baginda SAW ada bersabda yang maksud-Nya, “mana-mana kampung yang di dalamnya tidak didirikan solat jemaah maka ia dikuasai oleh syaitan”. Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Kalau manusia tahu keutamaan azan dan barisan yang pertama dalam solat, tetapi ia tidak berpeluang mendapatkannya kecuali dengan mengundi, maka mereka akan mengundi. Kalaulah mereka tahu keutamaan solat di awal waktu, mereka akan berlumba-lumba, kalaulah mereka tahu kelebihan solat isyak dan subuh berjemaah, mereka akan datang sekali pun dengan mengisut (tidak boleh berjalan)”.Hari ini kita lihat, berapa ramai orang yang tinggal berjiran dengan masjid dan surau tetapi tidak datang berjemaah. Kita perlu cari kesempatan hidup yang sementara ini untuk melakukan seberapa banyak ibadat.Dalam perkara ini, kita perlu bijak iaitu kerja sedikit tetapi untung banyak. Antara caranya ialah dengan menunaikan solat berjemaah yang diberi ganjaran 27 kali ganda berbanding solat sendirian. Yang ada kelonggaran, barangkali apabila sekali sekala kita solat di rumah bersama anak dan isteri bertujuan melatih mereka berjemaah.Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah masjid perlu dibina di kawasan-kawasan perumahan bukannya di tanah lapang. Ini supaya ia boleh diimarahkan oleh masyarakat. Kita bimbang akan berlaku sebagai mana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila akhir zaman kelak akan ada banyak masjid besar tetapi tidak ada orang yang mengimarahkannya”.


Ada yang berpendapat, jika dalam hayatnya, seseorang itu jarang bersolat, maka selepas kematiannya, tidak perlulah kita mendoakan baginya atau mengadakan majlis tahlil. Benarkah?
SYAIKH ISMAIL:
Antara doa yang mustajab adalah doa kita kepada rakan-rakan seagama. Walaupun jika mereka itu tidak menjaga solat semasa hidupnya selagi mereka masih mengucap syahadat, kita minta ampun juga untuk mereka. Mudah-mudahan diampunkan dosanya oleh Allah. Apabila kita sedekahkan fatihah, kita beroleh pahala. Inilah yang kita boleh bantu semasa hayat kita, masa di akhirat kelak, kita tidak boleh bantu lagi. Boleh jadi di dunia dahulu mereka terlanjur, kini ia menjadi teladan kepada orang lain. Cuma, jangan pula kita serah bulat-bulat kepada tuan imam untuk mengendalikannya. Sedangkan anak dan isteri si mati tidak terlibat sama dalam majlis tersebut.Padahal dalam sebuah hadis lain ada disebutkan antara amalan yang diterima tanpa hijab ialah doa anak yang soleh kepada ibu bapa mereka.Justeru, anak-anak dan isteri perlu sama-sama melibatkan diri dalam majlis membaca Yasin, tahlil atau majlis lain seperti solat hajat. Pada masa yang sama, kita perlu mendidik anak-anak supaya mereka terdedah dengan aktiviti begini.

Kebanyakan masjid hari ini indah dan dilengkapi pelbagai prasarana termasuk penghawa dingin. Malangnya, bilangan jemaah tidak banyak bertambah. Bagaimana membetulkan keadaan ini?
SHAIKH ISMAIL:
Kita perlu meningkatkan kesedaran masyarakat untuk datang berjemaah di rumah Allah ini. Oleh sebab itu, masjid perlu diimarahkan bukan sahaja dengan ibadat khusus seperti solat fardu berjemaah tetapi juga program lain yang bersifat fardu kifayah. Cuma kena dipastikan kesesuaiannya agar tidak terlibat dalam unsur maksiat.Adalah malang apabila kita melihat umat Islam sanggup berpanas, berhujan dan berdiri menyaksikan konsert tetapi tidak sanggup berdiri lima minit untuk solat jemaah.Jangan kita mengingat Allah pada waktu kita susah dan alpa ketika mendapat nikmat. Lagipun, solat adalah soalan pertama ditanya oleh malaikat dalam kubur nanti.Jika kita berjaya menjawabnya dengan baik, maka akan mudahlah soalan-soalan yang lain.Ingatlah firman Allah yang maksud-Nya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan sentiasa dalam keluh kesah (lagi bakhil kedekut), apabila ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah dan apabila beroleh kesenangan, ia sangat bakhil (kedekut), kecuali orang yang mengerjakan sembahyang iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (al-Ma’arij: 19-23).Kita beruntung kerana Allah yang Maha Pemurah hanya mewajibkan kita solat lima waktu sehari semalam berbanding 50 waktu pada asalnya sebagaimana dalam peristiwa Israk Mikraj.
Namun, pahala kebaikan itu diberi ganjaran 10 kali ganda manakala pahala kejahatan hanya diberi satu. Jika kita diperintahkan solat 50 waktu, tidak dapat digambarkan adakah kita mampu melakukannya! Solat adalah rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadat. Ia juga adalah ibadat yang disyariatkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW pada malam peristiwa Israk Mikraj iaitu 27 Rejab sebelum hijrah.


Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya solat itu difardukan ke atas orang Mukmin pada waktu-waktu yang tertentu...(an-Nisa’: 103). Dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang maksud-Nya: ...sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut: 45). Namun, hakikatnya, masih ramai umat Islam yang solat tetapi pada masa yang sama terus melakukan maksiat di muka bumi ini.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ABD. NAZIR MOHAMED menemu bual Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad bagi mengupas isu ini.
MEGA: Sebelum mendirikan solat, antara yang diberi perhatian ialah membetulkan saf. Apakah hikmah daripadanya? SYAIKH ISMAIL: Saya ada terbaca dalam kitab-kitab dulu bahawa umat Muhammad ini safnya adalah seperti tentera. Ini dari segi lurusnya saf semasa hendak bersolat. Malah ada hadis Rasulullah SAW yang antara lain bermaksud, “Siapa yang tidak betulkan safnya Allah tidak akan tengok saf yang bengkok”. Adalah menjadi tanggungjawab imam memerhatikan saf-saf di belakangnya sempurna iaitu lurus. Lurus di sini diukur berdasarkan tumit kaki bukannya jari hadapan kaki. Lagipun, membetul dan meluruskan saf itu adalah termasuk dalam kesempurnaan solat. Hal ini bukanlah rumit kerana di masjid sekarang sudah ada penanda garisan bagi saf. Cuma bagi mereka yang solat di kawasan yang tidak ada garisan saf, mereka perlu membetulkan saf masing-masing.

Apakah syarat solat yang boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar sebagaimana dalam ayat 45 surah al-Ankabut di atas?
SYAIKH ISMAIL:
Solat yang sebenar perlulah melengkapi dari segi hukum dan khusyuknya. Khusyuk itu pula memerlukan kepada sifat ihsan di mana jika kita tidak mampu membayangkan seolah-olah kita berhadapan dengan Allah, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah itu melihat kita.Memanglah hal ini bukan mudah dicapai. Sebabnya, syaitan itu akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengganggu kita lebih-lebih dalam solat. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksud-Nya, “apabila azan syaitan itu akan terkencing dan bertempiaran lari demikian juga apabila iqamat tetapi selepas itu dia akan datang semula untuk mengganggu kita”. Sebab itu, kita kena berjuang bersungguh-sungguh dalam solat. Adakalanya dalam solat kita akan teringat di mana barang kita yang hilang, kerja yang masih tertunggak dan sebagainya. Apabila ini berlaku, kita hendaklah cepat sedar dan segera menepisnya supaya tidak terbawa-bawa oleh permainan syaitan. Selain itu, cara berpakaian kita juga boleh membantu mencegah maksiat. Contohnya, jika kita berkopiah atau bersongkok, tak kan kita hendak pergi ke tempat-tempat maksiat. Demikian juga kalau wanita yang bertudung itu tak sepatutnya mereka turut terkinja-kinja menyaksikan konsert dan sebagainya. Menutup aurat itu adalah ibadat, jangan jadikan ia adat. Memakai tudung itu sewajarnya membuatkan kita rasa malu hendak melakukan maksiat.Selain itu, wuduk yang sempurna juga akan membantu kita mencapai tahap solat yang khusyuk. Pada masa yang sama, amalkan berqiamullail. Orang yang mengamalkan qiamullail juga akan diangkat darjat mereka. Ini dijelaskan menerusi firman Allah, Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (al-Isra’: 79).Selain itu, Nabi SAW bersabda, Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa. (riwayat Muslim).Pada masa yang sama, jangan kita abaikan berdoa kepada Allah setiap kali selepas solat. Jangan selepas salam, terus angkat kaki.

Solat jemaah itu hukumnya fardu kifayah. Namun, adakah masanya di mana ia boleh menjadi fardu ain?
SHAIKH ISMAIL:
Secara asasnya, sesiapa yang mendengar azan hendaklah ia solat di masjid, maksudnya solat berjemaah. Ummu Maktum misalnya adalah orang buta tetapi dia pun tidak diberi rukhsah (keringanan) untuk tinggalkan solat berjemaah. Nabi Muhammad SAW juga sama tidak pernah meninggalkan solat jemaah kecuali ketika baginda gering. Malah dalam sebuah hadis, Baginda SAW ada bersabda yang maksud-Nya, “mana-mana kampung yang di dalamnya tidak didirikan solat jemaah maka ia dikuasai oleh syaitan”. Dalam hadis yang lain, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Kalau manusia tahu keutamaan azan dan barisan yang pertama dalam solat, tetapi ia tidak berpeluang mendapatkannya kecuali dengan mengundi, maka mereka akan mengundi. Kalaulah mereka tahu keutamaan solat di awal waktu, mereka akan berlumba-lumba, kalaulah mereka tahu kelebihan solat isyak dan subuh berjemaah, mereka akan datang sekali pun dengan mengisut (tidak boleh berjalan)”.Hari ini kita lihat, berapa ramai orang yang tinggal berjiran dengan masjid dan surau tetapi tidak datang berjemaah. Kita perlu cari kesempatan hidup yang sementara ini untuk melakukan seberapa banyak ibadat.Dalam perkara ini, kita perlu bijak iaitu kerja sedikit tetapi untung banyak. Antara caranya ialah dengan menunaikan solat berjemaah yang diberi ganjaran 27 kali ganda berbanding solat sendirian. Yang ada kelonggaran, barangkali apabila sekali sekala kita solat di rumah bersama anak dan isteri bertujuan melatih mereka berjemaah.Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah masjid perlu dibina di kawasan-kawasan perumahan bukannya di tanah lapang. Ini supaya ia boleh diimarahkan oleh masyarakat. Kita bimbang akan berlaku sebagai mana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila akhir zaman kelak akan ada banyak masjid besar tetapi tidak ada orang yang mengimarahkannya”.


Ada yang berpendapat, jika dalam hayatnya, seseorang itu jarang bersolat, maka selepas kematiannya, tidak perlulah kita mendoakan baginya atau mengadakan majlis tahlil. Benarkah?
SYAIKH ISMAIL:
Antara doa yang mustajab adalah doa kita kepada rakan-rakan seagama. Walaupun jika mereka itu tidak menjaga solat semasa hidupnya selagi mereka masih mengucap syahadat, kita minta ampun juga untuk mereka. Mudah-mudahan diampunkan dosanya oleh Allah. Apabila kita sedekahkan fatihah, kita beroleh pahala. Inilah yang kita boleh bantu semasa hayat kita, masa di akhirat kelak, kita tidak boleh bantu lagi. Boleh jadi di dunia dahulu mereka terlanjur, kini ia menjadi teladan kepada orang lain. Cuma, jangan pula kita serah bulat-bulat kepada tuan imam untuk mengendalikannya. Sedangkan anak dan isteri si mati tidak terlibat sama dalam majlis tersebut.Padahal dalam sebuah hadis lain ada disebutkan antara amalan yang diterima tanpa hijab ialah doa anak yang soleh kepada ibu bapa mereka.Justeru, anak-anak dan isteri perlu sama-sama melibatkan diri dalam majlis membaca Yasin, tahlil atau majlis lain seperti solat hajat. Pada masa yang sama, kita perlu mendidik anak-anak supaya mereka terdedah dengan aktiviti begini.

Kebanyakan masjid hari ini indah dan dilengkapi pelbagai prasarana termasuk penghawa dingin. Malangnya, bilangan jemaah tidak banyak bertambah. Bagaimana membetulkan keadaan ini?
SHAIKH ISMAIL:
Kita perlu meningkatkan kesedaran masyarakat untuk datang berjemaah di rumah Allah ini. Oleh sebab itu, masjid perlu diimarahkan bukan sahaja dengan ibadat khusus seperti solat fardu berjemaah tetapi juga program lain yang bersifat fardu kifayah. Cuma kena dipastikan kesesuaiannya agar tidak terlibat dalam unsur maksiat.Adalah malang apabila kita melihat umat Islam sanggup berpanas, berhujan dan berdiri menyaksikan konsert tetapi tidak sanggup berdiri lima minit untuk solat jemaah.Jangan kita mengingat Allah pada waktu kita susah dan alpa ketika mendapat nikmat. Lagipun, solat adalah soalan pertama ditanya oleh malaikat dalam kubur nanti.Jika kita berjaya menjawabnya dengan baik, maka akan mudahlah soalan-soalan yang lain.Ingatlah firman Allah yang maksud-Nya: Sesungguhnya manusia itu dijadikan sentiasa dalam keluh kesah (lagi bakhil kedekut), apabila ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah dan apabila beroleh kesenangan, ia sangat bakhil (kedekut), kecuali orang yang mengerjakan sembahyang iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. (al-Ma’arij: 19-23).Kita beruntung kerana Allah yang Maha Pemurah hanya mewajibkan kita solat lima waktu sehari semalam berbanding 50 waktu pada asalnya sebagaimana dalam peristiwa Israk Mikraj.
Namun, pahala kebaikan itu diberi ganjaran 10 kali ganda manakala pahala kejahatan hanya diberi satu. Jika kita diperintahkan solat 50 waktu, tidak dapat digambarkan adakah kita mampu melakukannya!