Wednesday, December 23, 2009

Mesyuarat penyerahan tapak tanah masjid baru










Mesyuarat penyerahan tapak ini diadakan dimasjid Al-Hilal, Tanjung Dumpil bersama Kontraktor, perunding kontraktor, Pengerusi Masjid, Ketua Kampung

Alhamdulillah setelah lama menunggu akhirnya terlaksana jua masjid baru yang dijangka pembinaannya bermula pada minggu hadapan sebelum tahun baru masihi. Dan dijangka juga akan siap pembinaannya dalam masa 9 blan ke setahun.

mungkin terdapat beberapa masalah semasa masjid ini dibina.. tapi insyaallah sedang dalam usaha untuk mengatasi masalah trsebut..sama sama kita berdoa semoga pembinaan masjid aini akan berjalan lancar tanpa ada sebarang masaalh..

Sunday, December 13, 2009

Akhlak mahmuda berdasarkan Al-Quran


Pendahuluan
Permasalahan akhlak adalah merupakan permasalahan besar yang dihadapi oleh semua umat Islam di dunia kerana akhlak adalah merupakan tunggak pembangunan atau keruntuhan sesuatu Ummah. Di pandang dari sudut realiti masyarakat dunia hari ini, ternyata sekali bahawa dunia sedang menghadapi keruntuhan akhlak yang amat tenat. Nilai-nilai kemanusiaan, kebaikan telah dan sedang tergugat. Neraca yang digunakan oleh masyarakat dan individu dalam menilai sesuatu yang baik buruk tidak lagi menurut lunas-lunas yang sepatutnya, malah kebanyakkannya adalah menurut runtunan hawa nafsu yang dilahirkan oleh fahaman-fahaman yang bersifat kebendaan.
DEFINASI AKHLAK
Menurut istilah bahasa akhlak bererti tabiat, kebiasaan dan marwah. Ilmu akhlak adalah sejenis ilmu falsafah amaliah, disebut juga dengan yakni falsafah akhlak. Menurut istilah ilmu akhlak, akhlak memberi erti : serumpun nilai-nilai dan sifat-sifat yang sebati di dalam diri seseorang. Akhlak berasal dari kata bahasa Arab, akhlaq iaitu jamak taksir dari kata khuluq yang diertikan dengan istilah perangai atau kesopanan. Para ulama Ilmu Akhlak merumuskan definisinya dengan pelbagai pandangan di antaranya ialah:
i) Al-Qurthuby mengatakan: "Suatu perbuatan manusia yang bersumber dari adab kesopanannya disebut akhlak, kerana perbuatan itu termasuk bahagian dari kejadiannya."
ii) Muhammad bin 'Ilaan Ash-Shadieqy mengatakan: "Akhlak adalah suatu pembawaan dalam diri manusia yang dapat menimbulkan perbuatan baik dengan cara yang mudah (tanpa dorongan dari orang lain)."
iii) Ibnu Maskawaih mengatakan: "Akhlak ialah keadaan jiwa yang selalu mendorong manusia berbuat tanpa memikirkannya (lebih lama)."
iv) Abu Bakar Jubir Al-Jazairy mengatakan: "Akhlak adalah bentuk kejiwaan yang tertanam dalam diri menusia yang menimbulkan perbuatan baik dan buruk, terpuji dan tercela dengan cara yang disengaja."
v) Dalam buku Ihyaa Ulumuddin mengikut Imam Al-Ghazali yang dimaksudkan dengan akhlak atau budi pekerti itu ialah tingkah laku dan gerak-geri lahiriah manusia yang timbul dengan mudah tanpa disengaja dan difikirkan, sebagai penyataan dari keadaan jiwa seseorang.
PENTINGNYA AKHLAK
Akhlak amatlah penting kepada kehidupan manusia kerana ianya amat besar pengaruh dan kesannya terhadap tindak tanduk dan gerak langkah seseorang. Baik dan buruknya perlakuan seseorang adalah bergantung kepada nilai akhlak mereka. Akhlak yang mahmudah penting untuk meningkatkan insaniah insan sehingga ketahap sesuatu ummah insaniah yang benar-benar tinggi dan berkualiti. Akhlak yang mulia juga berperanan membuat penilaian yang tepat terhadap sesuatu perbuatan. Bertolak dari titik ini, salah atau benarnya penilaian yang dilakukan oleh seseorang adalah bergantung rapat dengan buruk atau baiknya nilai-nilai akhlak yang terdapat dalam diri seseorang. Penilaian yang dilakukannya ini akan sejajar dengan nilai-nilai akhlak yang terdapat dalam dirinya. Dengan adanya akhlak yang mulia maka ianya dapat mencapai keharmonian, kesejahteraan, kedamaian, keamanan dan kebahagian semua anggota dalam masyarakat dari berbagai lapisan dan darjat satu kedudukan.
KEPENTINGAN AKHLAK DALAM PERIBADI MUSLIM
Bidang akhlak adalah bidang yang amat penting dalam sistem hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlak dirinya. Semakin tinggi nilai akhlak diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada dirinya. Akhlak ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang yang tidak berakhlak adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 179:
  •                               
“(179. dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai)”.

Akhlak mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hirarki tamadun ummat manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlak tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya.
Model Akhlak Al-Quran
Akhlak Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w. Rasuluilah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman surah al-Qalam ayat 4:
    
“(4. dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia)”.
Juga firman-Nya yang dalam surah al-Ahzaab ayat 21:
                 
“(21. demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang))”.
Al-Quran Sumber Akhlak Mulia
Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia. Al-Quran menentukan sesuatu yang halal dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quran menentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik. Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini. Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. Al-Quran melarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain. Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quran melarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.
Akhlak – akhlak mahmuda menurut Al-Quran
Al-Ikhlas
Ikhlas bererti kita qasadkan kata-kata kita,amal usaha dan jihad pengorbanan kita kerana Allah, mengharapkan keredaan kerana Allah tanpa mengharapkan faedah, nama gelaran, pangkat dan kedudukan. Firman Allah dalam surah al-An-am ayat 163-164:
 •        
“(162. katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)”.

Ikhlas telah dijadikan penjamin kepada penerimaan segalam amal ibadat dan pengabdian. Firman Allah dalam surah al-Bayyinah ayat 5:
            •     
“(5. pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah ugama yang benar)”.
Al-Sidq (benar)
Akhlak mahmudah seterusnya adalah sifat sidq iaitu asa kemuliaan, lambing ketinggian, tanda kesempurnaan dan gambaran daripada tingkah laku yang bersih dan suci. Sifat inilah juga yang menjamin dapat mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat, tidak terkecuali sama ada dia itu seorang alim, atau seorang pemimpin yang berkuasa, hakim dan sebagainya. Firman Allah dalam surah Maidah ayat 119:
         •                  
“(119. Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia itulah kejayaan yang amat besar)".
Allah telah menyuruh para mukmin supaya bertaqwa kepada Allah dan supaya bersama-sama orang yang benar-benar (sadiqin) dalam jihadnya, keikhlasannya dan pengorbanannya kerana menegakkan kalimah Allah. Mengabungkan diri bersama dengan orang sadaqin akan menambah lagi tenaga keimanan, keyakinan dan hidayat. Firman Allah dalam surah Al-Taubah ayat 119:
        
“(119. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar)”.

Berbuat baik
Salah satu daripada akhlak mulia yang dituntut oleh Islam berbuat baik atau tidak berbuat sesuatu yang membawa mudarat dan kerosakan. Ibubapa, pendidik dan pemimpin, mestilah berusaha membentuk anak-anak mereka supaya berbuat perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain atau tidak memudaratkan dan kerosakan kepada orang lain. Firman Allah salamm surah al-Qasas ayat 77:
                         •     
“(77. "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan )".
Salah satu daripada kelakuan terpuji orang yang disayangi Allah ialah mereka membalas kejahatan orang lain dengan kebaikan. Firman Allah dalam surah Huud ayat 114:
   •     •        
“(114. dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat)”.

Menunaikan janji
Menepati janji merupakan dasar akhlak mahmudah dan kemuliaan seseorang di dunia dan untuk memperolehi kebahagian di akhirat . Firman Allah dalam surah al-Baqarah dalam ayat 40:
             
“(40. Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain)”.
Syukur
Bersyukur iaitu mengiktirafkan dengan nikmat yang diterima dengan perasaan rendah diri. Syukur merupakan pujian dan selalu mengigati dan menyebut kebaikanNya. Seseorang yang berakhlak mahmudah akan sentiasa rasa bersyukur ke atas nikmat Allah. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 152:
      
“(152. oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)”.
Bagaimanakah caranya kita bersyukur kepada Allah? Bersyukur kepada Allah ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah dan melatakkan keyakinan kepada-Nya dalam apa jua keadaan. Taat dan patuh kepada Allah sumber yang melimpah kebaikan dan kenikmatan. Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:
         •   
“(7. dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras)".
Justeru itu perbanyakkan sebutan tentang nikmat-nikmat dan kebaikan yang dikurniakan Allah kepada kita , sebagaimana perintah Allah dalam surah al-Duha ayat 11:
•    
“(11. adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya)”.
Amanah
Amanah adalah satu daripada akhlak mahmuda yang mesti dimiliki oleh setiap orang dalam menghadapi perjuangan hidup demi untuk mencapai matlamat yang diharapkan dan mencapai cita-cita yang diazamkan. Allah menyuruh menyuruh menyerahkan segala jenis amanah kepada yang berhak menerimanya, melalui surah al-Baqarah ayat 283:
         •                            
“(283. dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadaNya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah kamu (Wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan apa yang kamu kerjakan)”.
Firman Allah lagi dalam al-Quran dalam an-Nisa ayat 58:
 •           ••     •      •     
“(58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat)”.
Berbudi mulia
Berbudi mulia bermaksud berperangai mulai dan berkelakuan terpuji. Gerak-geri dan kelakuan yang bersopan serta dipandang elok dan indah, tidak pula menyakiti dan menyinggung perasaan orang lain. Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 86:
  •       •      • 
“(86. dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu)”.
Seterusnya akhlak mahmudah dengan berbudi mulia disarankan oleh al-Quran iaitu firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:
        •  •                 
“(23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”.
Penutup
Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu. Al-Quranjuga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatupadu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.
Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya.
RUJUKAN
Ghazali Darusalam, 1997. Dinamika ilmu akhlak Islamiah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Haron Din, 2000. Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mardzelah Makhsin, 2003. Pendidikan Islam. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Nakhaie Ahmad, 1996. Huraian kepada panduan al-Quran dan Hadith kepada kakitangan awam. Bahagian Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri.
Muhammad Al-Ghazali, 2002. Akhlak seorang Muslim. Crescent News (K.L) Sdn.Bhd.

Rujukan Internet:
http://www.brunet.bn/news/pelita/02nov/menuju.htm
http://www.geocities.com/kmbedu/sisakhlakislam.html
http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id100.html
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/alquran.html

Tuesday, November 24, 2009


Huraikan asas-asas akidah dan peranannya dalam kehidupan masa kini.
Pendahuluan
Naluri setiap insan memerlukan sesuatu pegangan yang benar dan betul sebagai panduan hidup mereka. Untuk itu jiwa dan hati akan merasa tenang dan yakin dengan diri sendiri dan pegagangnya. Hanya akidah Islam dapat menepati ciri ini kerana ia adalah dari Allah. Inilah asas serta akar tunjang yang menguatkan dan mengukuhkan serta meyakinkan hati setiap penganutnya kerana telah bersebati di dalam jiwa. Atas dasar aqidah yang kukuh inilah ikatan itu tindakan mudah diurai sebagaimana ikatan atau simpulan yang bersifat jasmani atau zahiri. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 15:
“(15. Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).”
Definisi
Dari segi bahasa bermaksud simpul atau ikat. Dari segi istilah Ibn Taimiyah mentakrifkan iaitu perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati dan tanpa keraguan. Akidah merupakan dasar penting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah adalah bergantung kepada akidah yang dianutinya. Seluruh aktiviti kehidupan yang lahir dari diri seseorang yang berpegang dengan akidah yang benar akan dapat mencerminkan nilai akidah yang dipegangnya. Takrif akidah adalah ikatan atau simpulan (ia berasal dari perkataan bahasa Arab dari pecahan perkataan ‘aqada’). Akidah juga digunakan pada sesuatu yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian atau sebagainya. Dari ikatan atau simpulan maknawi ini lahir perkataan “akidah” iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan (Muhd.Sulaiman Hj. Yasin:1981).
Maksudnya, akidah adalah boleh difahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai atau terurai oleh apa cara sekalipun. Jadi, akidah Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh, pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, kepercayaan ini berbentuk pegangan yang amat kukuh lagi utuh dalam jiwa sehingga tidak mungkin terlepas atau terputus dari pemegangnya. Allah SWT berfirman,
      ••                     
“256. tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha mendengar, lagi Maha mengetahui.” ( Al-Baqarah: 256).
Dalam Islam, iman tidak boleh tertegak berdasarkan keraguan atau dipengaruhi oleh prasangka, kerana ia ditetapkan dengan positif oleh Al-Quran dan dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW, juga adanya kesedaran dan kekuatan kaum muslimin yang tidak pernah berubah sejak dari penyebaran Islam yang pertama dimasa Rasulullah SAW hingga kehari ini. Allah SWT berfirman:
                              
“(285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya" mereka berkata lagi: kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali)". (Al-Baqarah:285).
Muhamad bin Abdul Wahab dalam kitabnya syarah Kitab al-Tauhid mendefinikan akidah sebagai perkara yang berhubung dangan kepercayaan atau perkara yang berkaitan dengan keyakinan yang berpusat di hati. Dengan keyakinan, seseorang itu tidak merasa bimbang. Bersih dan murni daripada was-was, syak dan wasangka. Itulah yang dimaksudkan dengan akidah iaitu keyakinan yang kuat dan teguh yang perlu dihayati dalam segenap aspek kehidupan, sebagai ibadat kepada yang diyakini. Maka tidak lain dan tidak bukan keyakinan kepada rukun iman, yang iaitu keimanan kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat, qadha dan qadar-Nya.

Asas-asas Akidah Islam
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Allah iaitu keyakinan yang sesungguhnya bahwa Allah adalah wahid (satu), ahad (esa), fard (sendiri), shamad (tempat bergantung), tidak mengambil shahibah (teman wanita atau isteri) juga tidak memiliki walad (seorang anak). Dia adalah pencipta dan pemilik segala sesuatu, tidak ada sekutu dalam kerajaan-Nya.Dialah al-Khaliq (yang menciptakan), ar-Raziq (Pemberi rezeki), al-Mu’thi(Pemberi anugerah), al-Mani’ (Yang Menahan pemberian), al-Muhyi (Yang Menghidupkan), al-Mumit (Yang Mematikan) dan yang mengatur segala urusan makhluknya. Dialah yang berhak disembah, bukan yang lain, dengan segala macam ibadah, seperti khudhu’ (tunduk), khusyu, khasyyah (takut), nabah (taubat), qashd (niat), thalab(memohon), doa, menyembelih, nadzar dan sebagainya.
Termasuk beriman kepada Allah adalah beriman dengan segala apa yang Dia nyatakan dalam kitab suciNya atau apa yang diceritakan oleh Rasul-Nya, tentang Asma dan sifat-sifat-Nya dan bahwasanya Dia tidak sama dengan Makhluk-Nya, dan bagi-Nya kesempurnaan mutlak dalam semua hal tersebut, dengan menetapkan tanpa tamtsil (menyerupakan) dan dengan menyucikannya tanpa ta’thil (menghilangkan maknanya) sebagaimana Dia menceritakan tentang diri-Nya dengan firman-Nya dalam surah Al-An’ Am ayat 102 dan 103.
                              
“(102. yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.
103. ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dialah yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha mendalam pengetahuanNya.)”
Beriman kepada Malaikat
Iman kepada malaikat adalah rukun iman yang kedua. Maksudnya yaitu meyakini secara pasti bahwa Allah mempunyai para malaikat yang diciptakan dan nur, tidak pernah mendurhakai apa yang Allah perintahkan kepada mereka dan mengerjakan setiap yang Allah titahkan kepada mereka. Dalil-dalil yang mewajibkan beriman kepada malaikat: Firman Allah dalam surat al-Baqarah, “Rasul telah beriman kepada al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dan Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya...” (Al-Baqarah: 285).
Allah menjadikan iman sebagai akidah seorang mukmin. Firman Allah pada ayat lainnya, “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu adalah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab- kitab, dan nabi-nabi...” (Al-Baqarah: 177). Allah mewajibkan percaya kepada hal-hal tersebut di atas dan mengafirkan orang-orang yang mengingkarinya. Allah berfirman, dan barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan Hari Kemudian, maka Sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (An-Nisa’: 136).
Sabda Rasulullah ketika menjawab pertanyaan Jibril tentang iman, “Iaitu engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, dan Hari Akhir, dan engkau beriman kepada takdir, yang baik mahu pun yang buruk.” (HR. Muslim, 1/37 dan al-Bukhari, 1/19-20). Rasulullah menjadikan iman itu adalah dengan mempercayai semua yang disebut tadi. Sedangkan iman kepada malaikat adalah sebagian dari iman tersebut. Keberadaan malaikat ditetapkan berdasarkan dalil-dalil yang pasti (qath‘iy), sehingga mengingkarinya adalah kufur berdasarkan ijma’ umat Islam, karena ingkar kepada mereka bererti menyalahi kebenaran al-Quran dan as-Sunnah.
Beriman kepada Kitab-kitab Allah
Orang Muslim beriman kepada semua Kitab yang pernah diturunkan Allah Ta'ala, dan semua Shuhuf yang diberikan Allah Ta'ala kepada sebagian rasul-Nya. Serta bahwa itu semua adalah firman-Nya yang diwahyukan kepada rasul-rasul-Nya agar mereka menyampaikan Syari'at dan agama dari-Nya. Kitab terbesar ialah empat kitab: Al-Qur'an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw., Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s., Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s., dan Injil yang diturunkan kepada hamba Allah dan Rasul-Nya, Isa 'Alaihis Salam. Al-Qur'an adalah kitab teragung di antara keempat kitab tersebut, pengendali kitab-kitab tersebut, dan penghapus semua Syariat dan hukum-hukum kitab-kitab sebelumnya.
Beriman kepada rasul-rasul
Beriman kepada para Rasul merupakan salah satu rukun iman yang kesemuanya ada enam. Maksud beriman kepada Rasul adalah mengimani bahwa Allah SWT mengutus rasul-rasul kepada setiap umat mulai dari Adam as sampai Muhammad SAW. Di dalam terjemah Alquran tertulis : Wa in min ummatin illaa kholaa tiihaa rasuul. Artinya tidaklah berlaku suatu umat kecuali ada pada mereka itu rasul. Iman kepada rasul ini juga bermakna bahwa kita mengimani para rasul adalah utusan resmi yang ditunjuk Allah SWT untuk menyampaikan ajaran agama (ad din) kepada manusia di zamannya. Khusus untuk Muhammad SAW, agama yang dibawa beliau berlaku sampai hari kiamat. Benar tugas utama Nabi SAW adalah menyampaikan risalah agama Islam. Namun apa yang diyakini berasal dari Nabi SAW harus dipercaya tanpa ragu sedikitpun juga, walaupun apa yang dari beliau bukan perkara peribadatan (langsung atau tidak langsung). Inilah iman yang benar kepada rasul.
Beriman kepada Hari Qiamat
Di antara perkara pokok yang mesti diimani oleh setiap orang Islam ialah mempercayai adanya hari qiamat dan perkara-perkara yang berhubung dengannya seperti hisab, laluan sirat dan lainnya. Qiamat memberi erti suatu alam baru yang diwujudkan setelah berlakunya kehancuran seluruh alam. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Ibrahim Ayat 48 yang bermaksud: "Ingatlah! Hari bumi akan digantikan dengan yang lain. Demikian juga langit dan manusia semua keluar dari kubur masing-masing berhimpun mengadap Allah yang Maha Perkasa." Walaupun masa berlaku qiamat itu tidak diketahui oleh sesiapa, tetapi tanda-tanda berlakunya qiamat itu sangat jelas, sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran dan al-Hadith. Begitu juga mengikut kajian ahli-ahli astronomi, kerana tiap-tiap sesuatu yang ada di alam ini akan mengalami kebinasaan, sebagaimana apa yang telah berlaku kepada manusia, binatang dan lain-lainnya.
Firman Allah dari Surah Al-Qasas ayat 88 yang bermaksud: "Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan zat Allah. Hak kekuasaannya jua memutuskan segala hukum dan kepadanyalah kamu semua dikembalikan." Malah, segala macam bencana yang berlaku di dalam dunia ini seperti ribut taufan, banjir besar, gempa bumi dan sebagainya mendekatkan lagi kepercayaan bahawa qiamat itu pasti berlaku.
Beriman kepada Qada dan Qadar
Dari segi bahasa qadar membawa erti sebagai ukuran, ketentuan dan ketetapan. Al-Quran menjelaskan qadar merupakan sejumlah undang-undang, peraturan yang mengawal kehidupan manusia. Diriwayatkan bahwa suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, rambutnya sangat hitam. Lelaki itu bertanya tentang Islam, Iman dan Ihsan. Tentang keimanan Rasulullah menjawab yang artinya: Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasulnya, hari akhir dan beriman pula kepada qadar(takdir) yang baik ataupun yang buruk. Lelaki tersebut berkata” Tuan benar”. (H.R. Muslim).
Lelaki itu adalah Malaikat Jibril yang sengaja datang untuk memberikan pelajaran agama kepada umat Nabi Muhammad SAW. Jawaban Rasulullah yang dibenarkan oleh Malaikat Jibril itu berisi rukun iman. Salah satunya dari rukun iman itu adalah iman kepada qadha dan qadar. Dengan demikian , bahwa mempercayai qadha dan qadar itu merupakan hati kita. Kita harus yakin dengan sepenuh hati bahwa segala sesuatu yang terjadi pada diri kita, baik yang menyenangkan maupun yang tidak menyenangkan adalah atas kehendak Allah. Sebagai orang beriman, kita harus rela menerima segala ketentuan Allah atas diri kita. Di dalam sebuah hadits qudsi Allah berfirman yang artinya: ” Siapa yang tidak ridha dengan qadha-Ku dan qadar-Ku dan tidak sabar terhadap bencana-Ku yang aku timpakan atasnya, maka hendaklah mencari Tuhan selain Aku. (H.R.Tabrani).
Peranan Akidah dalam kehidupan manusia masa kini
Akidah mempunyai peranan yang besar didalam hidup muslim kerana untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT, sebagai jaminan keberkatan di dunia dan bekalan di hari kiamat, mereka mesti menjadikan seluruh pemikiran yang akan digunakan untuk menyelesaikan permasaalahan yang mereka hadapi dalam hidup berasal dari akidah Islam. Ini bermakna mereka mesti menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Sebelum Islam dapat dijelmakan sebagai sebuah cara hidup, kaum muslimin tidak boleh tidak mesti menjadikan akidah Islam sebagai cara berfikir (Qaedah fikriyah) mereka terlebih dahulu. Iaitu takala mereka menjalani kehidupan yang penuh dengan permasaalahan ini mereka mesti sentiasa mempunyai kesedaran bahawa; untuk memperolehi keredhaan Allah SWT, mereka tiada pilihan lain kecuali menyelesaikannya dengan hukum yang menepati perintah-perintah dan larangan-larangan Allah SWT yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Dengan ini mereka akan terdorong untuk mempelajari hukum-hukum tersebut, mengenalpastinya dan mendalami method bagaimana hukum-hukum ini dapat digali dari sumbernya, dan seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan mereka. Tidak sehingga perkara ini berlaku, selagi itulah umat Islam tidak akan mampu untuk berfikir dengan pemikiran mereka untuk mencari, mengeluarkan dan mengamalkan peraturan-peraturan yang akan menyelesaikan masaalah kehidupan mereka untuk menghantar mereka kepada matlamat kehidupan yang ditunjukkan oleh akidah mereka, iaitu keredhaan Allah SWT.
Menurut Mufti Negeri Perak lagi, pengaruh hedoisme, merupakan masalah utama yang melanda remaja masa kini. Demikian bilangan mereka yang didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan tidak kurang pula mereka yang asyik memuja artis idola mereka. Manakala di kalangan awal remaja menamakan diri mereka kumpulan anak-anak nakal yang mengamalkan kehidupan seks secara bebas dan terbuka.
Tidak kurang hebatnya di antara kumpulan remaja ini pula ada yang menyertai kumpulan metal dan memuja syaitan. Manakala di sebalik itu, di kalangan umat Islam yang terjebak dengan pengaruh ajaran Islam Liberal dan mahu Al-Quran tafsir semula. Begitu pula dengan kewujudan IRC satu masa dahulu, walau pun kini ditangguhkan penubuhannya, ianya adalah satu masalah yang menghimpit akidah umat Islam apabila hak umat Islam mahu di sama ratakan dengan agama-agama lain. Apabila cadangan ini mendapat sokongan dari Ahli Parlimen Melayu dalam negara ini, ini bererti pengaruh ini sudah cukup kuat dan perlu kepada penyelesaian.
Masalah sekularisme dari dahulu sampai kini belum pun ada jalan penyelesaiannya. Ianya menghinggapi umat Melayu apabila mereka tidak percaya agama Islam dapat mentadbirpan mereka. Begitu pula kepada mereka yang terasa kosong dalam kehidupan beragama memilih jalan singkat dan ramai yang terpedaya dengan jalan mudah hingga terjebak dengan ajaran sesat seperti Ayah Pin. Paling mutakhir dan amat menyedihkan golongan agama sendiri terjebak dalam khilafiah, yang mana ancaman baru sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam. Justeru itu Mufti Negeri Perak mengingatkan setiap anggota Jabatan Mufti supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu dan ketahanan sewajarnya bagi menangkis semua masalah yang dihadapi ini.
Kepentingan Menjaga Akidah
Masyarakat Islam yang cemerlang ialah masyarakat yang mengamalkan cara dan amalan hidup selari dengan pengertian akidah sebenar di mana segala urusannya akan tetap berlandaskan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. sahaja walaupun dihambat arus pemodenan. Sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud : Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. “Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)”. (Surah Al-An‘aam:162-163)
Islam merupakan satu-satunya agama yang berteraskan kepada akidah atau keyakinan yang luhur kepada Allah s.w.t. yang Maha Esa, kepada malaikat, para rasul, kitab-kitab, adanya hari kiamat, dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Hasil dari keyakinan ini, telah membawa kepada lahirnya kesedaran dan kesanggupan untuk menunaikan segala kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangan dan tegahan-Nya. Oleh sebab itu, dalam era kehidupan yang penuh mencabar ini, amat wajar bagi kita memastikan akidah kita, ahli keluarga serta masyarakat Islam secara keseluruhannya tidak tergadai dalam apa jua keadaan sekalipun. Sebagai seorang Muslim yang beriman, dalam apa jua keadaan ataupun sesibuk mana sekalipun, sama ada sebagai pekerja atau pelajar, kita seharusnya tidak melupakan peranan dalam mengukuhkan akidah dalam diri kita.
Sebagai ibu bapa pula, tanggungjawab mendidik anak-anak kita mengenal Allah s.w.t. dan berusaha menanam akidah yang kukuh selain dari menitikberatkan ilmu pendidikan yang lain bermula dari peringkat awal lagi. Bahkan para ulama kita terdahulu telah meletakkan satu prinsip yang jelas bagi kita yang bermaksud: “Perkara pertama dalam mempelajari agama Islam, adalah dengan mengenal Allah terlebih dahulu”. Oleh hal yang demikian, kewajipan memantapkan dan mengukuhkan akidah Islamiah merupakan tuntutan bagi keseluruhan umat Islam, dengan mempelajari sifat-sifat Allah s.w.t yang wajib dan mengenal nama-nama Allah s.w.t. Hanya dengan akidah yang kukuh dan mantap sahaja, kita boleh menjadi umat Islam yang berjaya di dunia dan akhirat.

Tiada gunanya jika kita cemerlang dalam pendidikan atau mempunyai kerjaya yang hebat, jika kita tidak mempunyai keimanan mendalam terhadap Allah s.w.t. sehingga kita mengabaikan pula perintah atau melakukan perkara-perkara yang dilarang dan dibenci oleh Allah. Jika kita imbas kembali sejarah dakwah Rasulullah s.a.w. di peringkat permulaan Islam sewaktu beliau di Mekah al-Mukarramah, perkara asas yang dilakukan oleh baginda kepada para sahabatnya sebelum diajarkan tentang syariat-syariat Islam yang lain ialah dengan mendidik para sahabat berkenaan perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah dan keimanan. Perkara ini berterusan sehinggalah akidah para sahabat mantap dan kukuh sehingga selepas itu mereka mudah menerima apa sahaja yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya.
Bahkan kerana akidah jugalah, para nabi dan rasul sanggup menerima apa jua rintangan dan bebanan demi memperjuangkannya. Dari Nabi Adam a.s. hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. semuanya telah berusaha memelihara akidah umat mereka agar tidak terpesong ke jalan sesat. Penghijrahan Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah umpamanya bertujuan untuk membentuk umat Islam yang berpegang kepada ajaran agama Islam. Akidah yang mantap diibaratkan sebagai simpulan iman yang ampuh, yang akan menyuntik semangat perjuangan, menyuburkan daya saing dan memupuk perpaduan di kalangan umat Islam. Ini kerana, iman yang tersimpul erat di dalam hati mendorong seseorang untuk berusaha, bekerja keras, melakukan kebajikan, membina kemajuan, menunaikan tanggungjawab, sanggup berkorban dan sebagainya.


Di sini amat jelas menunjukkan bahawa usaha untuk memantapkan kualiti ummah, perlulah terlebih dahulu diusahakan ke arah kemantapan keimanan yang berlandaskan kepada akidah yang benar. Ini kerana, apabila akidahnya mantap sudah pasti keimanan seseorang itu lebih kukuh dan terjamin. Manakala tabiat tidak menitikberatkan akidah, akan menyebabkan manusia berada dalam keadaan iman yang rapuh dan terdedah pula kepada kelekaan untuk tidak melakukan segala perintah dan mengabaikan segala larangan Allah s.w.t. Bahkan yang paling dibimbangi oleh kita ialah kerapuhan iman dan kecetekan akidah umat Islam boleh mendorong dan membawa kepada gejala murtad dan terjerumus dalam ajaran sesat seperti yang banyak berlaku akhir-akhir ini. Umat Islam sepatutnya berbangga dengan status yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. sebagai ‘khaira ummat’ atau umat terbaik dan cemerlang. Namun demikian, status itu tidak akan bermakna dan tidak akan sekali-kali dapat dicapai oleh umat Islam tanpa mengukuhkan akidah mereka. Ini kerana, akidah merupakan nadi dan nyawa bagi umat Islam dan tidak ada tolak ansur dalam perihal akidah.
Sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat, kita hendaklah menjadi masyarakat Islam yang memelihara dan menegakkan akidah dan syariat Islam. Bagi memelihara dan memperkukuhkan akidah pula ia hendaklah dibina atas dasar iman yang kukuh, dibajai dengan ilmu dan amal serta dipelihara dari dicemari oleh sebarang serangan anasir dan gejala penyelewengan dan kesesatan. Mudah-mudahan dengan pengukuhan akidah dalam diri kita dan juga masyarakat secara umumnya, akan dapat membantu kita mewujudkan masyarakat Islam yang bertakwa serta beramal soleh. Seterusnya dengan kemantapan akidah ini akan menjadikan kita menjadi masyarakat Islam yang cemerlang yang mampu hidup di dalam arus pemodenan ini.

Penutup
Sebab itu pentingnya kita mempelajari dan mengukuhkan akidah kita sejak awal lagi bagi mengelakkan kita terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Aqidah adalah pokok pangkal bagi amalan umat Islam untuk diterima Allah, jika akidah rosak bagaimana amalan kita hendak diterima oleh Allah? Setiap muslim hendaklah menjaga akidahnya sehingga ia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Setiap hari kita berdoa supaya kita dimatikan dengan husnul khatimah (sebaik-baik penghabisan). Ia mestilah menjaga akidahnya dari menyeleweng dan rosak sama ada melalui percakapannya, perbuatannya dan iktiqadnya. Rosaknya akidah dinamakan riddah yang dita’rifkan oleh ulama’ seperti berikut : ” Riddah ertinya berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam dan orang yang melakukan yang demikian dinamakan murtad. “Riddah ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji jenis kufur. Akidah sangat penting dalam kehidupan manusia kerana akidah dikira sebagai asas Islam dan sebagai asas Islam dan sebagai penentu atau pendorong. Jika di Morocco, hampir 2000 keluarga sedang dalam proses keluar dari Islam dan Malaysia juga seperti itu, maka kita hendaklah meneguhkan akidah kita kerana cabaran amat kuat pada zaman globalisasi ini.





Rujukan
Abdul Aziz Bin Muhammad dan AluAbd. Lathif, 1424 H. Tauhid. Direktorat Percetakan dan Riset Ilmiah Departemen Saudia Arabia.
Ab.Latif B. Muda dan Rosmawati Ali, !998. Pengantar Ilmu Tauhid. Pustaka Salam. Kuala Lumpur.
Haron Din, 2002. Manusia dan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Abu Zahrah, 1989. Akidah Islam (menurut Al-Quran Al-Karim). Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura.
Muhammad Al Zuhaili, 2009. Kesan Eksrtimis terhadap Islam. Darul Nu’man, Kuala Lumpur.
Mustafa Haji Daud, 1996. Akidah Mukmin. Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Sayid Sabiq, 2003. Akidah Islam. Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Yusuf Al-Qardawi,1998. Dimana punca kelemahan umat Islam masa kini. Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur.
Zakaria Stapa dan Mohamed Asin Dollah, 1998. Islam Akidah dan Kerohanian. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rujukan Internet:
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2007/11/019-beriman-kepada-malaikat.html
http://alislamu.com/index.php?option=com_content&task=view&id=54&Itemid=4
http://fcep.uii.ac.id/index.php?option=com_content&task=view&id=27&Itemid=44
http://www.tranungkite.net/lama/b11/khutbah018.htm
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2007/11/019-beriman-kepada-malaikat.html
http://alislamu.com/index.php?option=com_content&task=view&id=54&Itemid=4
http://hbis.wordpress.com/2007/12/10/iman-kepada-qadha-dan-qadar/
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=21&t=5440
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=24242
http://hafizhandasah.blogspot.com/2008/06/kepentingan-menjaga-aqidah.html
http://rajawalibiru.wordpress.com/2008/05/05/kewajipan-menjaga-akidah-dan-memelihara-akhlak/

Sunday, November 15, 2009


Tetap akidah, muhasabah benteng harungi hidup
Oleh Hashim Ahmad
UNTUK berdepan cabaran hidup, kita perlu memiliki pegangan dan amalan iaitu istiqamah, istiqarah dan istighfar. Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai: “kukuh dalam akidah dan konsisten dalam beribadah”. Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud, dari Abi Sufyan bin Abdullah berkata, “ Aku telah berkata, ‘Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau’. Nabi menjawab: “Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah’.” (Hadis Riwayat Muslim). Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan dalam menghadapi hidupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan maksiat.
Orang seperti ini dipuji Allah SWT melalui firman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu’” ( Fusshilat: 30) .Istiqarah pula dapat didefinisikan sebagai, selalu mohon petunjuk Allah SWT dalam setiap langkah dan penuh pertimbangan dalam setiap keputusan. Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berbicara dan melakukan suatu perbuatan. Namun, menurut Islam, tidak ada kebebasan tanpa batas, dan batas itu adalah aturan agama. Maka seorang Muslim yang benar, selalu berfikir berkali-kali sebelum melakukan tindakan atau mengucapkan sebuah ucapan serta ia selalu mohon petunjuk kepada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda, “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka berkatalah yang baik atau diamlah. (Hadis Al-Bukhari dan Muslim). Orang bijak selalu berkata, berfikirlah hari ini dan berbicaralah esok hari. Kalau ucapan itu tidak baik apalagi sampai menyakitkan orang lain, maka tahanlah, jangan diucapkan, sekalipun menahan ucapan itu terasa sakit. Tapi kalau ucapan itu benar dan baik maka katakanlah, jangan ditahan sebab lidah kita menjadi lemas untuk meneriakkan kebenaran dan keadilan serta menegakkan amal makruf nahi mungkar.

Mengenai kebebasan ini, malaikat Jibril pernah datang kepada Muhammad SAW untuk memberikan rambu-rambu kehidupan. Baginda bersabda yang bermaksud, “Jibril datang kepadaku dan berkata: ‘Hai Muhammad hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau suatu saat akan mati. Cintailah apa yang engkau sukai tapi engkau suatu saat pasti berpisah juga dan lakukanlah apa yang engkau inginkan, sesungguhnya semua itu ada balasannya,’” (Hadis Baihaqi dari Jabir). Sabda Nabi SAW ini semakin penting untuk diresapi ketika akhir-akhir ini dengan dalih kebebasan. Banyak orang berbicara tanpa logik dan data yang benar dan bertindak sesuka hati tanpa mengendahkan etika agama. Kita memasyarakatkan istiqarah dalam segala langkah kita, agar kita benar-benar bertindak secara benar dan tidak menimbulkan kekecewaan pada kemudian hari.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan rugi orang yang beristiqarah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah dan tidak akan miskin orang yang hidupnya hemat. (Hadis Thabrani dari Anas).l Istighfar pula dapat diertikan sebagai bermuhasabah diri dan mohon ampun kepada Allah SWT. Setiap orang pernah melakukan kesalahan, sama ada kesalahan individu atau kesalahan sebagai sebuah bangsa. Setiap kesalahan dan dosa itu sebenarnya penyakit yang merosak kehidupan kita, ia harus diubati. Banyak persoalan besar yang kita hadapi akhir-akhir ini adalah akibat kesalahan kita sendiri. Muhasabah diri dan pohonlah keampunan kepada Allah SWT. Buatlah pembetulan untuk masa depan yang lebih cerah dengan penuh keredaan Allah SWT. Dalam persoalan ekonomi, jika rezeki Allah SWT tidak sampai kepada kita disebabkan kita malas, maka yang perlu diubati adalah sifat malas itu. Kita tidak boleh menjadi umat pemalas. Malas adalah sebahagian musuh kita.

Namun, ada kalanya kehidupan sosial ekonomi sebuah bangsa yang mengalami kesulitan. Kesulitan itu disebabkan dosa masa lalu yang bertompok dan belum bertaubat darinya. Jika itu penyebabnya, maka satu-satunya ubat adalah beristighfar dan bertaubat. Firman Allah SWT yang mengisahkan seruan Nabi Hud kepada kaumnya yang bermaksud, “Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa” (Hud: 52).

Monday, November 9, 2009

Setiap Muslim hendaklah menguatkan azam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci


Setiap Muslim hendaklah menguatkan azam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci

MEMANDANGKAN ibadat haji adalah wajib bagi setiap Muslim, apabila sudah ada kemampuan iaitu perbelanjaan cukup, tubuh badan sihat, tiada sebarang gangguan dalam perjalanan yang perlu dibimbangi, ilmu cukup di dada, maka hendaklah segera menunaikannya tanpa berlengah-lengah lagi. Pesan Rasulullah SAW bermaksud, "Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia masih tidak menunaikan haji (dengan ketiadaan uzur syarie sehingga dia meninggal dunia) maka tiada halangan baginya mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani." � (Hadis At-Tirmizi dan Al-Baihaqi) .

Walaupun begitu, masih ada juga segelintir masyarakat Islam yang sudah ada kemampuan namun enggan menunaikan haji. Mereka beralasan 'belum sampai seru', umur masih terlalu muda, banyak urusan bersifat duniawi yang perlu diselesaikan seperti perniagaan, penternakan dan sebagainya. Alasan mereka sebenarnya sangat mengelirukan. Pada hal manusia tidak sedikitpun diberi pengetahuan mengenai apakah yang akan berlaku pada masa akan datang, mungkin dirinya jatuh sakit, boleh jadi akan mengalami kekurangan harta atau tidak mustahil meninggal dunia sehingga terhalang daripada menunaikan ibadat haji.

Rasulullah SAW memberi peringatan agar tidak bertangguh jika ada kesempatan untuk melakukan kebajikan. Daripada ibnu Umar katanya, Rasulullah SAW menepuk bahuku serta bersabda: "Hendaklah engkau jadi di dunia ini seolah-olah berdagang di negeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan". Ibnu Umar berkata: "Jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh ke waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh ke waktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu sihat sebagai persediaan waktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." � (Hadis Bukhari)
Sesungguhnya ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal, mental dan material. Orang yang ingin mengerjakan haji perlu mempersiapkan diri menghadapi pelbagai kemungkinan dan ujian. Lantaran sekiranya tiada keazaman tinggi dan iman kental, mengakibatkan seseorang mudah kecewa, putus asa dan menganggap ibadat haji sukar dilaksanakan.

Seharusnya jiwa padat dengan kesabaran yang kuat, reda dengan ketentuan Allah di samping senantiasa berdoa kepada-Nya agar haji dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan memperoleh haji mabrur dan ganjarannya sangat besar sebagaimana sabda junjungan besar Nabi SAW bermaksud: "Haji yang mabrur itu tidak ada ganjarannya melainkan syurga." � (Hadis Bukhari)

Sesungguhnya ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal, mental dan material. Orang yang ingin mengerjakan haji perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai kemungkinan dan ujian. Lantaran sekiranya tiada keazaman tinggi dan iman kental, menyebabkan seseorang mudah kecewa, putus asa dan menganggap ibadat haji sukar dilaksanakan.
Kunjungan ke Baitullah akan mendapat pelbagai manfaat bagi muslimin sebagaimana dijelaskan Allah: "Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka". � (Surah al-Hajj: 28)

Antara manfaatnya ialah menunjukkan kecintaan dan ketaatan tidak berbelah bagi, mengabdikan diri ikhlas semata-mata kepada Allah, mengikrarkan tauhid bersama-sama, menyuburkan keimanan dan ketakwaan.

Hal ini terjelma melalui lafaz doa, zikir, takbir, tahmid dengan keras sehingga didengar oleh orang yang dekat atau jauh, menjiwai maknanya, merealisasikan dalam setiap amalan sehari-hari.

Dalam perhimpunan besar umat Islam di tanah suci, tidak ada lagi timbul perbezaan taraf, bangsa dan budaya. Semuanya sama di sisi Allah sebagai hamba-Nya seperti bentuk dan warna pakaian ihram yang dipakai oleh setiap yang mengerjakan haji.

Di samping itu, muslimin boleh saling kenal-mengenal, berwasiat, nasihat-menasihati atas dasar kebenaran, bantu membantu, membimbing tata cara mengerjakan haji, berdakwah dan sebagainya. Ini semua manfaat diperoleh melalui ibadat haji.

Demi mencari keredaan dan kebenaran serta keselamatan di dunia dan di akhirat, setiap Muslim hendaklah menguatkan azam agar suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menyempurnakan Rukun Islam Kelima, dengan giat bekerja mengumpul harta secara halal dan selalu berdoa kepada-Nya.

Saturday, October 31, 2009

Gelaran haji atau hajah biarlah mabrur, bukan untuk bermegah-megah


Lambaian Kaabah: Membersihkan diri sebelum berangkat ke Tanah Suci
Oleh Abdul Razak Idris

Gelaran haji atau hajah biarlah mabrur, bukan untuk bermegah-megah

SERUAN haji bergema lagi, tanda musim haji sudah bermula. Ibadah haji wajib bagi umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan dan memenuhi syarat ulil amri dan pihak berkuasa Arab Saudi menjadi medan penuh ujian dalam mematuhi rukun wajib haji. Menunaikan haji bukan perjalanan yang mudah bagi Muslim yang membawa bersamanya segala beban pengalaman hidup sama ada kehidupannya dihabiskan dengan melakukan dosa dan culas memburu pahala sama ada wajib atau sunat.

Jika seruan haji disambut hanya kerana ikut-ikutan maka ibadah yang dilakukan hanya separuh hati dan haji mabrur yang menjadi cita-cita semua bakal haji dan hajah akan hanya akan menjadi 'haji sangkut' yang hanya dipakai hingga hembusan nafas terakhir.

Gelaran haji yang dibawa bersama setelah selesai ibadah di bumi Makkah akan menjadi kenangan abadi dan diingati bukan saja oleh diri kita sendiri malahan orang yang menghantar kita pergi dulu dan orang yang menyambut kita pulang. Bagi setiap bakal haji yang sedang bersiap sedia menyambut panggilan haji selain mempersiapkan diri dengan segala bacaan dalam rukun haji kita harus 'membersihkan' diri daripada segala dosa dan memohon ampun dan maaf daripada semua pihak terutama yang terasa hati dan berpotensi tersinggung oleh perbuatan dan lisan kita.

Sebagai seorang Muslim yang berada dalam zaman ekonomi tidak menentu, kesempatan untuk menunaikan fardu haji atau umrah bukan perkara mudah. Selain kos mengerjakan haji tinggi, kos untuk waris dan tanggungan yang ditinggalkan turut perlu difikirkan juga. Jika tidak akan timbul pula fitnah orang mengatakan langkah kita mengejar akhirat mencicirkan dunia yang juga kewajipan kita. Sebaiknya bakal haji menyelesaikan segala hutang dan belanja tanggungan sebelum meneruskan cita-cita menyahut seruan haji di Makkah. Gelaran haji yang bakal diraih akan kelak menjadi suatu gelaran sinis yang akan memalukan diri kita sendiri.

Jika boleh biarlah gelaran haji yang dianugerahkan kepada kita kerana mendapat haji mabrur tanpa memerlukan kita apabila pulang dari tanah suci terpaksa membayar hutang keliling pinggang sedang kita semua tahu bahawa salah satu syarat haji ialah berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan.

Membawa pulang gelaran haji atau hajah biarlah tanpa kontroversi atau isu yang mampu membuatkan gelaran yang menjadi idaman semua umat Islam di seluruh dunia itu dipertikaikan. Jangan pula apabila balik dari haji, perangai buruk sebelum menjejak kaki ke sana diulangi. Atau setelah mendapat gelaran haji sikap angkuh dan bangga diri menjadi hiasan diri. Lebih buruk lagi jika ada yang mempunyai gelaran haji tidak berubah langsung sikap buruk mereka malahan lebih teruk apabila pulang dari Tanah Suci sikap buruk baru pula tercipta.

Bukankah ia memalukan agama Islam yang syumul ini. Kita takut ada orang Islam sendiri yang akan merasakan gelaran haji adalah lesen untuk mendapat kemegahan dan bukannya menjadi motivasi untuk yang masih belum menjejakkan kaki bertawaf mengelilingi di setiap empat penjuru Kaabah.

Sikap dan pekerti sebagai Muslim yang memegang gelaran haji perlu diubah dari buruk menjadi baik, dari cantik lebih indah budi dan sikahnya. Bagi yang bersifat bakhil tidak bertempat, singkirkan sikap yang tidak baik itu, bagi yang bersikap keras selama ini lembut-lembutkan sedikit adab kita dengan pekerja atau pihak yang berhubung dengan kita. Cara kita bertindak adalah datang dari cara kita berfikir dan cara kita berfikir datang dari hati kita yang suci dan bersih dari syak dan wasangka sama ada sesama Islam dan bukan Islam.

Jika boleh dikatakan seorang haji sepatutnya membawa imej seorang Muslim yang lengkap sebagai seorang Muslim sejati. Sesungguhnya dirinya telah lulus ujian sebagai Muslim yang memenuhi lima rukun Islam.

Justeru menunaikan haji bukan sekadar mengejar gelaran yang tidak akan memberi manfaat jika disalahgunakan atau disalah pembawaannya. Haji adalah gelaran yang perlu dibawa hingga ke liang lahad dan biarlah pahala kita menunaikan haji itu berpanjangan hingga kita dipanggil Yang Maha Esa di satu hari di mana kita tidak mampu untuk berkata-kata melainkan ibadah kita di dunia ini yang akan menilai kita dan gelaran kita.

Ingatlah bahawa seruan haji bukan saja bergema sebelum dan semasa kita di tanah suci saja, ia adalah seruan yang perlu diingati hingga kita selesai menunaikan rukun haji dan di saat liang lahad terpateri dengan tanah dan hanya gelaran haji dan nama kita yang ditinggalkan. Jadilah haji yang dimuliakan dan bukan sebaliknya.

Monday, October 26, 2009

Generasi muda buta agama mudah dipesong


Tajdid Iman: Generasi muda buta agama mudah dipesong
Oleh Dr Juanda Jaya

GENERASI muda perlu dididik dan didedah dengan ilmu agama secukup supaya mereka tidak terpengaruh persekitaran yang tidak Islamik.

Syor wujud dialog ilmiah bersifat kasih sayang bukan menghukum untuk selesai masalah

BUTA agama dan rabun dunia, kedua-duanya akan berakhir dengan kegagalan dunia akhirat. Generasi Islam yang membesar tanpa ilmu dan maklumat agama yang sahih akan mudah dipengaruhi pemikiran yang bertentangan dengan ajaran Islam. Lihatlah kebebasan bersuara di alam siber, mereka mempersoalkan pengharaman arak, zina, judi, syirik dan sebagainya yang jelas dalilnya di dalam al-Quran dan Sunnah. Boleh jadi selepas ini mereka akan mempersoalkan tidak wajibnya sembahyang lima waktu atau puasa dan zakat mengikut kebebasan berfikir yang diagungkan generasi pintar berfalsafah ini.

Mereka lahir dari rahim wanita Islam yang memahami agama secara tradisi, kemudian ia berkembang mengikut rangsangan persekitaran yang membentuk pemikiran dan perasaan. Jika mereka disentuh dengan al-Quran dan Sunnah yang sempurna maka tidaklah mudah pemikiran jahiliah yang bertopengkan kebebasan akal mempengaruhi hati dan jiwa yang memang sebati dengan agama.

Tetapi, jika pendedahan agama terbatas, setakat belajar membaca muqaddam dan sekali seumur hidup khatam al-Quran kemudian tidak dilanjutkan dengan pencarian maklumat Islam sahih, akhirnya generasi Islam ini terpaksa beradaptasi dengan persekitaran yang tidak Islamik. Persekitaran jahiliah moden itu secara tidak langsung membentuk pemikiran baru yang mula menafikan sentuhan Islam tradisi yang diajarkan orang tua mereka. Mengapakah keadaan sebegini terjadi sehingga melemahkan semangat agama dalam jiwa generasi baru?

Adakah kerana kesilapan orang tua menyemai keindahan Islam di sanubari kita? Atau sistem pendidikan yang tidak menyebelahi agama dan terlalu hebat mengagungkan ilmu mengurus dunia saja? Pada hal kesempurnaan insan bergantung dengan kebijaksanaannya mengurus dunia dan akhirat tanpa melebihkan satu dari yang lain. Ilmu menjadi teras keimanan seseorang, agama ini menyanjung setinggi-tingginya usaha meneroka khazanah ilmu duniawi dan ukhrawi tanpa membeza-bezakan satu dengan yang lain.

Generasi Islam yang buta agama tapi celik IT, pakar ekonomi, peneraju politik, ahli astronomi, pencetus teknologi nuklear dan persenjataan canggih dikhuatiri mencampakkan terus nilai Islam dari pemikiran dan pendiriannya kerana menganggap agama memandulkan usaha kemajuan, membelenggu kebebasan berfikir dan membius akal dengan angan-angan akhirat yang tidak nyata sifatnya. Akhirnya mereka mengadaptasikan ilmu yang dimiliki untuk kepuasan peribadi, menonjolkan kehebatan melalui persaingan haiwan yang membunuh terus nilai kemanusiaan.

Semua pendedahan agama yang diusahakan orang tua secara tradisi tidak mampu membendung lonjakan protes yang ditunggangi faham kebebasan berfikir untuk mempersoalkan hukum hakam agama yang bagi mereka cukup merimaskan gaya hidup mereka. Malangnya orang yang memiliki ilmu agama pula tidak mampu menjawab dan mendedahkan kesilapan generasi buta agama ini, ada yang terus memfatwa kafir dan memilih pendekatan menyerang, bukan berdialog dengan hikmah dan mau'izah hasanah (cara yang baik).

Pada hal semangat agama ini terletak pada unsur kasih sayang dan khabar gembira melebihi ancaman sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkan ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." � (Surah Ali Imran: 159)

Akhirnya generasi buta agama ini tidak lagi menghormati ulama konservatif yang membenci mereka dan menambahkan lagi ketidakpercayaan mereka terhadap agama sendiri. Dalam pada itu datanglah gelombang pemikiran bebas yang cuba menghentam Islam, sikap umat Islam yang bermasalah dijadikan dalil bahawa agama itu bermasalah. Negara Islam mundur yang dipersalahkan ajaran Islamnya, lelaki Muslim kahwin cerai sesuka hati, dituduh Islam yang menghalalkannya, pengeboman yang didalangi pengganas Muslim dijadikan dalil kekejaman ajaran Islam. Kalau yang mengganas orang Nasrani dan Yahudi pula langsung tidak timbul isu agama mereka ganas dan kalau yang miskin itu di negara bukan Islam tidak pula agama mereka dikatakan kolot.

Generasi Islam sudah mengalami bermacam-macam ujian yang secara tidak langsung melunturkan warna Islam sebenar dari pemikiran dan perasaan mereka. Cubaan indoktrinasi fahaman sesat cebisan dari kumpulan Islam yang menyeleweng dari al-Quran dan Sunnah kemudian usaha orientalis yang meracuni sejarah Islam, propaganda fahaman sosialis komunis, kapitalis dan liberal yang cuba memomokkan Islam. Semua itu memberi impak yang cukup dahsyat dalam melunturkan kecintaan generasi Islam kepada agamanya.

Tidak hairan jika seorang sosialis Muslim akan lahir seramai kapitalis Muslim di seluruh dunia yang langsung mengetepikan ajaran Islam dari kehidupan. Generasi ini bernafas dengan nafas Karl Marx walau nama depannya Muhammad atau menyokong idea kebebasan Barat walau harus menginjak al-Quran dan Sunnah. Ke manakah arah tuju umat ini? Apakah identiti mereka tetap kekal walaupun pemikiran dan perjuangan jelas menyokong fahaman kuffar?

Belum terlambat untuk kembali kepada Islam yang dibawa Rasulullah SAW. Kembali kepada asal dan lupakan kecelaruan iman akibat terikut-ikut dan berbangga-bangga dengan fahaman yang menyimpang dari jalan Sunnah. Pelajari fakta dan data Islam yang mencakupi ilmu tafsir al-Quran, hadis, aqidah, fekah, sejarah dan maklumat perkembangan Islam yang sahih. Setiap Muslim bukan diwajibkan membaca saja tetapi bertanggungjawab menjadikan ilmu Islam sebagai penyelesaian terhadap persoalan hidup manusia.

Untuk itu diperlukan dialog ilmiah yang bersifat kasih sayang antara ulama dan umat kerana agama ini bukan penghukum tetapi penyelesai masalah manusia. Kekuatan orang alim bergantung dengan kukuhnya penguasaan ilmu mereka dan tanggungjawab peribadi sebagai ulama pewaris Nabi, penyelesai masalah umat bukan merabunkan Islam dari pandangan generasi baru dengan sikap membenci dan menghukum.

Thursday, October 15, 2009

Mengingati mati boleh beri keinsafan, tingkat amal ibadat


Mengingati mati boleh beri keinsafan, tingkat amal ibadat
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

SEMUA makhluk ciptaan Allah SWT tidak akan kekal selama-lamanya. Apabila tiba masanya, semuanya akan mati yang menandakan berakhirnya sebuah riwayat kehidupan, hanya Allah SWT yang akan kekal abadi selamanya. Firman Allah SWT, "Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh" (An-Nisa': 78)

Biarpun pelbagai usaha dibuat terutama oleh mereka yang mempunyai kemudahan kewangan untuk mengelakkan bertemu dengan kematian, semua usaha tidak akan ke mana. Sebenarnya kita hanya menunggu giliran untuk dicabut nyawa oleh malaikat suruhan Allah SWT. Persoalannya bila, di mana dan bagaimana.

Ulama membahagikan kematian itu kepada dua, iaitu mati kecil iaitu tidur dan mati besar iaitu mati yang sebenarnya. Islam amat menggalakkan umatnya agar sentiasa mengingati mati. Dengan mengingati kematian, sudah pasti setiap kita akan lebih bersiap sedia untuk menempuhinya. Bersedia dalam erti kata melengkapkan roh dan jasad dengan amalan dan ibadat yang banyak.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya sebelum ini aku telah melarang kamu daripada menziarahi kubur dan sekarang ziarahilah. Sesungguhnya dengan menziarahi kubur akan mengingatkan kamu kepada alam akhirat."

Ibadat sembahyang ada hubung kaitnya dengan ingatan kepada kematian. Setiap kali menunaikan ibadat solat, sekurang-kurang dua kali kita menyebut 'Yaumuddin' yang pastinya mengingatkan kita kepada Hari Kiamat, sebuah alam abadi yang bakal dihuni apabila tamatnya riwayat hidup alam fana ini.

Begitu juga sewaktu ketika dibaca doa Iftitah, kita menyebut kalimah 'wamamati'. Ia turut menginsafkan seseorang yang mendirikan solat agar sentiasa mengingati akan kematian. Dari sudut prinsip, kematian adalah suatu hala tuju kehidupan seseorang insan untuk menghargai tubuh badan dan roh yang dikurnia Allah SWT. Dengan rasa penuh tanggungjawab dan iltizam dalam diri, kematian akan membangkitkan kesedaran dan keinsafan untuk seseorang lebih hampir ke sisi Tuhan.

Wujud salah faham di kalangan umat Islam hari ini yang selalunya beranggapan bahawa orang yang lebih lanjut usia, lazimnya akan pergi terlebih dulu untuk menghadap Allah SWT. Salah faham begini bukan saja menafikan keadilan Allah, malah boleh membawa diri seseorang itu untuk berpaling daripada tuntutan agama yang sebenar.

Ramai di kalangan manusia yang lebih muda usianya lebih leka dan alpa dengan kenikmatan dunia yang sementara kerana beranggapan kemanisan hidup di dunia perlulah dikecapi dengan sepenuh-penuhnya, sebelum tibanya hari tua untuk melengkapkan diri dengan beramal ibadat, sebelum kematian menjengah.

Dalam satu lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda, "Sebaik-baik manusia adalah mereka yang semakin lanjut usianya semakin baik amal perbuatannya. Sejahat-jahat manusia adalah mereka yang dilanjutkan usianya, tetapi semakin buruk pula amal perbuatannya."

Ibnu Umar pernah berkata, "Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hingga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah tetapi kejahatan yang kita buat ketika hidup di dunia, semuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah SWT. Walaupun kita melupakannya, tetapi Allah SWT sekali-kali tidak demikian.

Diceritakan bahawa Lukman Hakim mempunyai seorang anak lelaki yang cukup degil. Beliau terpaksa menempuh kesukaran dan kepahitan hidup untuk mendidik anaknya yang keras hati itu. Banyak usaha dan cara dilakukan untuk mengubah keadaan anaknya itu, tetapi semuanya gagal. Sehinggalah pada suatu ketika Lukman membawa anaknya itu menziarahi kubur setiap kali ada kematian. Lalu, tidak lama kemudian, anaknya itu mula insaf dan sedar akan hakikat sebuah kehidupan yang akan diakhiri dengan kematian.

Wednesday, September 30, 2009


Menghubungkan silaturahim boleh memperkuatkan ummah
Oleh Aminudin Mansor
AMALAN mulia yang wajib dalam Islam ialah menghubungkan silaturahim. Amalan mulia ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan membentuk ummah yang kuat dan utuh. Silaturahim bermaksud perhubungan persahabatan dan persaudaraan sesama Islam. Dalam hubungan ini, diceritakan, Abul Laith al-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Aiyub menurutnya, seorang Badwi menghadang Nabi SAW dan memegang kendali untanya, lalu berkata; “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku apakah amalan yang boleh mendekatkan aku ke syurga dan menjauhkan diriku dari api neraka?”

Nabi SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud; “Hendaklah kamu beribadah kepada Allah, dan janganlah mensyirik-Nya dengan sesuatu, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, dan kamu menjalin hubungan silaturahim (terhadap keluarga dan kaum kerabat).” Hubungan silaturahim ini adalah sebagai asas ke arah pembentukan keluarga cemerlang dan bahagia. Melalui hubungan ini keluarga dapat dieratkan dan jangan ada di antaranya yang cuba melakukan perbuatan yang boleh menyinggung ahli keluarga lain.

Selain itu, umat Islam digalakkan berbuat baik kepada jiran yang juga diwajibkan dalam Islam. Jiran yang lebih hampir dengan rumah kita adalah lebih penting kepada kita terutama jika kita mengalami kesusahan dan sakit. Hanya jiran yang paling dekat dapat membantu kita dengan segera. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah berbuat baik kepada jirannya.” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Justeru, jika kita mengadakan rumah terbuka, dan mengadakan jamuan, atau kenduri kendara, jangan lupa mengutamakan jiran dan keluarga serta saudara-mara kita terlebih dulu, selepas itu barulah sahabat handai, dan lain-lain. Ini juga akan menjalinkan kasih sayang antara ummah terutama pada hari raya atau rumah terbuka yang sering diadakan di bandar dan desa. Hubungan yang baik ini juga akan mengukuhkan ketakwaan, kemesraan dan menjalin hubungan yang baik sesama Muslim. Apa yang lebih penting, bukan hanya jamuan yang dihidangkan. Tetapi jalinan kemesraan, ukhuwah dan persaudaraan dapat dikukuhkan. Dengan jalinan ini, akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Thursday, September 24, 2009


Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” - Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat.

Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h.

Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.